REMPAH RATUS KEHIDUPAN

Puding Oreo

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.... hari ini agak lewat sikit ayu masukkan entri dalam blog. tengahari tadi sebelum ambil anak dari sek tadika, ayu dah siapkan pencuci mulut untuk anak - anak yg 2 orang kat umah nampak pulak ada stok oreo dlm gobok bakeri.

 Dan hari semalam jenguk rumah kak Azlita pastu merayap umah CMG nampak resepi puding oreo yg boleh menggugat keimanan tekak anak2 termasuk ibunya. Masa buat puding nie, Alya dah sibuk -sibuk nak tolong buat feberet dia lebih lagi ada oreo memang melonjak sakan dia. Jom lihat resepi yang simple xperlu bahan yang banyak....ya la dah nama pun puding buat pun bukan remeh sangat cuma memerlukan masa penyediaan dengan cepat kalau tak jelly akan mengeras sebelum sempat masuk dalam bekas.

Sources: CMG & Azlita Aziz
Bahan2 :-
1 paket serbuk agar (berat 10 gram)
10 biskut oreo, asingkan cream dan kisar halus
2 cawan air (500 ml)
2 cawan susu segar (500 ml)
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan gula halus
2 camca besar serbuk koko* - ayu tak guna
2 camca besar air panas*(*satukan dan kacau rata) - ayu tak guna

Cara2:- 
1. Masak air, gula, serbuk agar2 dan daun pandan hingga larut. Keluarkan daun pandan. Sementara itu satu susu, bancuhan koko dan biskut oreo kisar, kacau perlahan dan curah dalam agar2 tadi. Kacau rata.

2. Tuang dalam acuan pilihan hingga habis, biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk hingga agar2 menbeku. Keluar dan hidangkan. Sedap dimakan sejuk.


Disini ayu menggunakan kaedah atau cara kak Azlita gunakan...memula ayu masukkan oreo yg telah hancur tabur dalam bekas acuan mengikut ketebalan atau banyak mana yg diinginkan. Kemudian barulah ayu tuang agar2 tadi ke dalam acuan. Jika ayu campurkan semua serbuk oreo  dalam agar2 dan tuang ke acuan....belum tentu akan dapat kemendakan oreo tu di bahagian bawah kerana agar2 lebih cepat untuk mengeras sebelum oreo turun ke bahagian bawah. terima kasih pada pemberi asal resepi kerana ayu mengambil resepi di blog dan utk ayu kongsi bersama di blog ayu ni.



2 ulasan:

  1. bila buat stail ayu tu..bila nk tuang agar2 tu xtimbul ke balik roti tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermmm...kena buat secara perlahan masa tuang agar2 ke dlm acuan supaya serbuk oreo tak berselerak

      Padam