REMPAH RATUS KEHIDUPAN

BROWNIES II


Alhamdulillah berjaya juga akhirnya belajar buat Brownies bersama kakak Sapura... Walaupun Ayu agak ketinggalan dari rakan2 GBS yang dah pergi menuntut ilmu terlebih dahulu. Banyak ilmu yang boleh didapati dari kak Sapura bagi seiapa yg mengikuti kelasnya. Memang Best dapat mencuba pelbagai resepi dari orang yang lebih berpengalaman dalam bidang bakeri terutama bila kita cuba dan berjaya buat dengan apa yang dipelajari didengari.

Brownies nie kalau dah makan sepotong mesti nak rasa makan lagi, sebab ciri khas brownies ada rasa coklat yang enak dengan tekstur yang padat dan moist. Brownies juga bukan setakat bakar dalam oven tapi boleh juga dikukus, yang pasti rasanya enak dan lazat.

Sebenarnya semalam ingat nak hias atas Brownies seperti kawan-kawan yg telah cuba seperti cikgu tunjukkan....tapi tak sempat buat sebab masa brownies baru masak ada sedara dari kampung datang bertandang secara mengejut....abang Ngah bersama isteri dan mertua abang. Jadi hiasan pun ala kadar jer sebab dia orang datang pun sebentar kerana ada urusan lain di Melaka. Dapatlah family abang ngah merasa sikit sorang siap ku tapau lagi untuk dia orang bawa balik....

Hehehehe...nak tergelak bila anak sulung dia makan bertambah ^_^ kan dah ku kata SEDAP....siap dia nak buat sendiri, yang sebab ku tergelak tu pasal ayah kak long ni kata "mana ada masa nak buat semua ni, dengan study lagik" hehehehehe...Hmmm sape tak kenal abg ngah ku ni mana minat dengan cake atau kuih-kuih ni tambah plak manis. Tak pe kak long... nanti cuti semester boleh masuk kelas brownies belajar dengan mak cik okay :) yuran kelas suruh ayah sponser hehehehehe....

Okay bagi sesiapa yang nak merasa boleh PM Ayuazren atau tempah dengan Kak Sapura di Serdang, Selangor....kakak ni pun ada buka kelas, " A Cake Story" Home Bakery.

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI NEGERI 9

Alhamdulillah...dapat juga merasa ayam masak lemak negeri sembilan....sedapnyer bau daun kunyit dengan serai....biasa masak lemak mesti letak bawang tapi berbeza pula dengan org negeri 9 tak letak langsung. Tapi yang Ayu masak ni kurang pedas sikit sebab nanti anak yg kecik takut tak tahan pedas cili padi...

Biasanya kakak ipar kalau duduk umah dia mesti ada masak lomak ni almaklum org negori...memang best rasa masakan lemak terutama kalau dapat makan masak lemak daging salai gerenti tambah nasi.

Resepi : Ayuazren
AYAM MASAL LEMAK CILI PADI N.9

Bahan-bahan:)
1/4 ekor ayam
10 tangkai cili padi hijau - tumbuk lumat
Kunyit hidup besar ibu jari - tumbuk sekali dgn cili
2btg serai
1helai daun kunyit
1 kpg asam keping
Santan


Cara-cara:-
Tumbuk cili padi bersama kunyit hingga lumat. Bagi yg suka blend pun boleh juga tapi lagi sedap tumbuk pakai lesung.

Masukkan ayam yg dibersih bersama cili padi, kunyit dan serai. Gunakan api perlahan dan kacau hingga kering air yg keluar dari ayam.

Kemudian masukkan santan cair hingga mendidih ....barulah masuk santan pekat, asam keping dan garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan supaya santan tidak berketul. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan rasa-rasa dah masak ayam tu boleh matikan api dan hidangkan.

*Kalau nak letak kentang pun boleh...ayu tak letak sebab tiada stok kentang.

Magnet fridge Kelantan


Yeay..... dapat magnet lagik dari kawan yg duduk di Kelantan...suka sangat sebab dapat tambah ruang yang kosong di pintu peti ais. Terimak kasih kak Shukriah rakan FB. hehehe...pergi Kelantan dah banyak kali, hampir setiap tahun mesti balik sana tapi tak pernah yang terjumpa magnet sana. Lepas ni magnet mana plak akan di terima... psstttt saper - saper yg nak bagi magnet kat Ayu amatlah dialu-alukan :) muka tak malu

Spaghetthi Carbonara with Chicken


Sedapppp nya Spaghetti Carbonara nie.....mcm orang terkujat kejap hehehe.... 1st time Ayu masak sendiri kat rumah biasa makan kat restoren fast food itu pun sekali sekala ya lah nnt kalau banyak kali makan bikin kasi tekak ni muak plak...dah nama tekak Melayu kan....

Hmmm...anak-anak pun nampak laju jer makan, sedap ler tue....kalau tanya dgn chef cilik Airiel memang dah tau jawapan dia mesti kata tak best huh! kekadang geram dengan budak ni susah sangat nak dapat pujian dari dia, yang pasti makanan yg di hidangkan selalu habis dan bertambah...Airiel ni pun ada masa memang cerewet bab makanan kalau tak kena dengan selera dia....

SPAGHETTI CARBONARA MUSHROOM with CHICKEN
Resepi Ayuazren

Bahan-bahan:-
250gm Spaghetti - utk 3 hidangan
1 tin Carbonara Mushroom
2ulas bawang putih - ketuk dan cincang
150gm hirisan ayam - bhgn isi ~ ayu suka letak perencah banyak
1/2 cwn air
Sedikit parsley flakes - xde pun tak pe
2pcs frankfurter ayam berkeju - potong serong
1sdb Olive oil

Cara-cara:-
Rebus spaghetti dalam periuk...angkat dan toskan. ketepikan.

Panaskan pan dengan olive oil...tumis bawang hingga wangi dan masukkan pula hirisan ayam. Apabila ayam sudah masak masukkan sosej kacau rata....Lepas tu masukkan Carbonara Mushroom...kacau rata...kuah agak pekat...masukkan air dalam 1/2 cawan atau agak-agak ikut kepekatan yang diingini.

Setelah siap boleh lah dicurahkan sos carbonara ke atas spaghetti dalam pinggan dan taburkan parsley flakes...kalau nak dapatkan spaghetti kena sama rata dengan sos boleh masukkan dlm pan yg ada sos carbonara tadi dan gaul rata sekejap dan hidangkan.