REMPAH RATUS KEHIDUPAN

Manok Panggang Nasi Kukus Wangi

Hye semua.....memasing tunjuk skill masak untuk tahun baru dan Hari Krismas sampai mata ni naik sakit melihatnya, saper tak geram tunjuk makanan sedap-sedap. Nasib baik lah ada stok ayam dalam peti dengan gembira ku pun mau tayang gak menu tahun baru ngengada.

Bermula pencarian resepi, jalan-jalan cari makan terjumpa kat rumah dayang Jack tak toleh kanan kiri bawah terus ambil lagi pun bahan mudah dan senang tak perlu nak mencari di kedai almaklum musim hujan sejuk ni sifat Malas lagi berleluasa.

Bila dah jumpa terpikir plak manok ni makan dengan nasi sedap waktu panas-panas...hmmm tukar selera sikit cara memasak nasi menggunakan kaedah kukus. KuKus Panggang Grill hehehe teringat iklan Master Chef. Nasi, Manok dah ada mesti kena ada kuah dan sos sekali.


Menu ni memang kesukaan hubby dan anak-anak, bila makan nasi kukus dengan manok panggang mesti terbayang-bayang di mata terkenang satu tempat di Port Dickson. Tempat makan ala Cowboy "Nasi Kukus Ayam Panggang" memang sempoi menu dia tapi memang best kalau kena dengan selera seseorang. Kat situ paling menarik perhatian Ayu dekat sos dia, best....Nanti Ayu akan kongsi terletaknya kedai tu. Jom lihat resepi.


Manok Panggang & Sos Cili
Sumber: Dayang Jack

Bahan-bahan
1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan dibersihkan)
2 sudu makan biji ketumbar (disangai dan ditumbuk halus)
1/2 inci lengkuas (ditumbuk lumat)
5 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
2 inci halia (ditumbuk lumat)
garam secukupnya
1 ketul gula melaka (dihancurkan) - boleh juga guna gula perang @ gula apong (sukatan ikut suka) - lebih banyak sukatannya lebih bagus.

Cara-cara :

  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap semalaman. 
  2. Sebelum dibakar/panggang, gaulkan ayam bersama 2-3 sudu makan minyak zaitun atau minyak masak. Sekiranya menggunakan oven, bakar/panggang pd suhu 190-200C selama 1 jam(bergantung pd jenis oven, kena adjust sendiri). Seperti biasa, DJ lebih suka ayam ini disusun dlm dulang yg beralaskan kertas foil.
  3. Terbalikkan ayam 1/2 jam sebelum masak.
  4. Setelah masak, hidangkan bersama sambil cilinya.  
Sos Cili
3-4 sudu besar cili kering kisar (anggaran)
2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
1-2 cawan air asam jawa (boleh adjust sendiri)
garam dan gula secukupnya 
 Cara-cara : 
Satukan semua bahan di dalam periuk. Didihkan seketika dan kacau sekali sekala selama 10 minit. (sambal ni dlm versi dayang, kalau ikut yang original, sambal cili ni x payah dimasak)

Tip : Penggunaan minyak zaitun samada cara sapuan atau digaul terus bersama ayam akan memberi kilatan dan warna yg cantik pd kulitnya semasa dipanggang/dibakar.

Nasi Kukus Wangi & Sup
Sumber: Ayuazren
Bahan-Bahan:
2cwn Berasmathi - cukup utk 2org makan
2 helai daun pandan wangi
Air secukupnya

Cara-cara:
Basuh beras dan rendam dalam 5minit dengan air yg secukupnya didalam loyang.
Letak pandan wangi yg di simpul.
Panaskan air dalam periuk kukus dan letak loyang dalam kukusan. Biarkan sehingga nasi masak.

Sup
Bahan-bahan:
Bebola Ayam
2sdk rempah sup
1ulas bawang putih- cincang
Air
Garam secukup rasa
 Cara-cara:
Tumis bawang putih hingga naik bau
Masukkan air dalam 2 cawan
Masukkan bebola masak hingga didih
Masukkan rempah sup dan garam.
Biarkan seketika dang tutup api.
Hidangkan.