REMPAH RATUS KEHIDUPAN

kembali

Assalamualaikum.....
Lamanya ayu tak menjengah blog ini, rasa2nya bermula minggu pertama puasa hingga lah hari ini baru bersua kembali. Sepanjang menyepi diri dari blog tidak bermakna Ayu terus menyepi tanpa mengisi dengan perkara yg berfaedah.

Alhamdulillah bisnes kecilan yg Ayu jadikan waktu mengisi masa terluang selain menjaga anak2 sepenuh masa di rumah telah mendapat sambutan yg menggalakkan dalam beberapa bulan ini dan berharap bidang yang Ayu ceburi ni akan lebih maju lagi.

Hmmmm kalau nak tau produk paling laris dan mendapat permintaan yg ramai iaitu "faz florenta" dan "samperit" hingga Ayu terpaksa tolak permintaan tempahan dari kastemer yg buat order pada minggu ketiga puasa, memandangkan Ayu seorang diri yg menyiapkan tempahan tanpa ada pembantu.

Dalam kesibukan berhari raya mungkin makan kuih, ketupat,lemang dan macam2 juadah banyak dan perubahan cuaca antara 2 negeri, ya Ayu balik Johor dan Kelantan....kami anak beranak kurang sihat demam selsema batuk.Dan tidak ketinggalan menghadiri majlis perkahwinan adik perempuan sebelah hubby di dalam minggu pertama raya.