REMPAH RATUS KEHIDUPAN

Hadiah Hari Lahir


Jeng jeng Jeng..... dah lama sangat mengidamkan DSLR ni tapi hati ini pendamkan ajer walaupun orang kata sekarang camera jenis ni dah murah tapi bagi aku yang tidak bekerja hanya setakat duduk rumah mengharapkan duit elaun dari chubby ku sayang masih tak mampu nak beli sendiri.

sebulan sebelum tarikh kelahiran bakal tiba, Chubby ku tanya "tahun ni nak hadiah apa pulak?" Hmmmm dalam hati dah berbunga bunga mekar setaman ekekeke.... aku pun jawab "abang beli jer apa-apa yang berkenan dan cantik di pakai" ------> dapat DSLR pun ok juga. Chubby ni memang suka wife dia terus terang, dia tak mahu nnt barang yg dihadiahkan tu aku tak berkenan dihati almaklum taste lelaki dengan pompuan berbeza.

Dua hari sebelum tarikh 14 January Chubby tanya lagi...tapi minggu tu memang tiada mood nak celebrate besday, hati dan fikiran ni asyik memikirkan result yg akan di perolehi dari doctor tentang penyakit ayahanda. aku cakap kat Chubby "tak nak apa-apa macam takde mood aje tahun ni nak celebrate, kita duduk rumah ajer". Tiba masa yang dinantikan Chubby bawa balik bungkusan kotak dalam plastik besar letak atas meja----->pandang sebelah mata jer. Dia suruh lihat sekali tengok WOW! DSLR apalagi senyum Lebar arrr pasni boleh amik pic masakan dan gelagat anak-anak yang semakin membesar.

terima Kasih buat Hubby yang tersayang di atas Hadiah Besday tahun 2012..... Love You

Kuih Koci

 
Bhn2:-
Daun pisang di layur atas api - potong size 5'' x 5"
1bj kelapa parut muda
1buku gula kabong
3cwn tpg pulut
1/2 cwn santan pekat + sedikit garam
1 1/2 cwn air
 
cara2:-
1.daun pisang dah layur atas api br potong ikut size.
2.cairkan gula dgn sedikit air smpai pekat pastu masuk kelapa parut dan kacau hingga kering berkilat.
3.tpg pulut digaul dgn air, lebih baik masa nk uli tu letak sikit2 smpai mcm buat dought buah melaka.
4.amik 1helai daun pisang lebar tapak tangan letak sedikit minyak masak, ayu guna ni utk buat tpg tu bulat2 kecil dan leperkan supaya senang nnt nk tutup balik inti bila dah letak inti mcm gamba kat atas.
5.pindahkan adunan koci ke atas daun pisang 5"x5" ltak ditengah2 pastu amik sikit pati santan yg dah campur garam letak atas doh koci.
6.bungkus doh koci mcm bungkus nasi lemak.
7.susun koci dlm loyang kukus yg telah dipanaskan. masak selama 10min dgn api sederhana.
8. Kalau ikut cara resepi yg ayu buat smlm dpt dlm 23biji.

Ikan Bakar Percik kelantan


Bahan-bahan:
5 ekor ikan kembung
1 sudu makan lada kisar (bhn2 campuran lada kisar)
* lada kering
* bawang merah
* bawang putih
* kunyit
* lengkuas
* halia
1 kotak santan segera (ayu guna 200ml punya)*
1 batang serai (sedang) -ayu hiris halus2 kalau nak tumbuk
1sudu makan tpg jagung atau tpg beras - bancuh dgn sedikit air
1 kpg asam keping
Garam dan gula secukup rasa- utk gula ayu guna gula kerek size bulat kecil (1/2 jer)

Cara-cara:
Ikan dibersihkan dan dikelar-kelar dan lumur sedikit garam.
Tenggekkan periuk yg berisi santan di atas api. Masukkan bhn2 campuran lada kisar dan serai, kacau kasi rata. Masak dan masukkan garam dan gula.
Masukkan tepung jagung yg dibancuh tadi, kacau dan masak hingga pekat.
Ikan tadi bakar 1/2 masak pastu amik kuah percik dan lumur pd ikan.ulang lumur kuah tu hingga ikan betul2 masak.

*santan dlm kotak tu ayu tambah sikit air dlm 25ml.

SELAMAT MENCUBA...