REMPAH RATUS KEHIDUPAN

Bilis Goreng Tengah Bulan....


Assalamualaikum semua....
Rasa macam mengantuk sesangat petang ni mata nak celik pun dah tak larat....teringat plak ada menu yg belum updated lagi. Menu simple kalau masa bujang2 dulu duit gaji dah tinggal ciput...waktu pertengahan bulan....ni ler hidangan yg selalu dimakan dengan nasi panas dari sepinggan nasi dah jadi 2pinggan nasi. Memang best lauk ni....ingatkan diri sendiri jer yg suka rupa2 nya hubby pun ikut sekali. hehehehe....

Sources: Ayuazren
Bilis Goreng Tengah Bulan.
Bahan-bahan:-
100gm ikan bilis - dah dibelah dua dibasuh dan toskan
1sdk cili giling
1sdk kicap 
1sk sos tiram
1sdk sos tomato
1ulas bwg putih - cincang
1labu bwg besar - potong baji
1 tangkai cili besar - potong serong
5 tangkai cili padi - potong bulat2
1/2 sdk gula
sedikit minyak utk menggoreng


Cara-cara:-
1.Panaskan minyak dlm kuali. Masukkan ikan bilis....goreng hingga garing dan angkat.
2.Tumis bwg putih dgn menggunakan minyak yg di gunakan utk goreng bilis....kalau minyak byk sangat boleh kurangkan.Setelah naik bau masukkan cili giling tumis sampai 1/2 garing.
3.Masukkan pula sos tiram, tomato dan kicap. kacau sampai rata.
Masukkan ikan bilis bersama cili besar, cili padi dan bwg besar.Akhir sekali tabur gula dan kacau seketika.
4.Angkat dan hidang untuk di makan bersama nasi panas.

Jus Lempoyang


Salam pagi Sabtu.... alhamdulillah cuaca di luar amat baik, biasa waktu cenggini sibuk kedengaran bunyi kenderaan motor dan kereta melalui jalan utama hadapan rumah...mungkin ramai yang masih sambung tidur selepas subuh tadi agaknya...sekolah pun cuti.

Siapa pernah dengar atau lihat pokok atau isi lempoyang? Eh bukan Husin Lempoyang dalam citer P.Ramlee ya....rasanya kalau generasi baru mungkin tak kenal kot hanya sekadar pernah mendengar sahaja. Lempoyang ni sejenis pokok Halia hutan. Ayu ni jenis beruntung sikit ler sebab pokok ni memang Mak ada tanam di persekitaran rumah...senang bila-bila masa nak makan atau minum jus boleh terus ambil ajer....SEGAR dari LADANG muehehehe.... Zaman sekarang nak mudah boleh jer cari minuman segera yang di dlamnya terdapat khasiat lempoyang. Tapi kalau nak yang fresh lebih baik buat jus sendiri selain tu boleh juga potong kecil-kecil jadikan ulam semasa makan nasi.

Kegunaan lempoyang nie....ia boleh membersihk-+*an/ mencantikkan kulit, menambah selera makan, buasir, menghilangkan cacing, buang angin, bisa-bisa badan, mencuci peranakan dan organ wanita dan badan kita pun akan menjadi lebih segar....

Okay, macam Ayu ni memang susah sikit nak makan ulam lempoyang...lebih rela minum jus seperti di atas tapi bukan amik satu gelas setiap hari, cuma 1/2gelas dari gambo di atas tu....dah tu nak minum memang tak tahan dengan bau lempoyang ni...apa yang Ayu buat tahan "nafas" terus telan jus tu....dah habis cepat-cepat Ayu makan 1sudu MILO hehehehe gara-gara untuk mengelakkan jus ni kuar semula. Jom Ayu kongsi cara penyediaan jus lempoyang......

Sources: Ayuazren
Bahan-bahan:-
Lempoyang
Ibu Kunyit - letak sikit jer 
Air Masak
sedikit garam

Cara-cara:
Basuh bersih lempoyang dan kunyit, potong kecil-kecil. Masukkan dalam blender yg dicampur air dan sedikit garam.Blender sampai lumat. selepas itu tapis dan ambil airnya sahaja. Ayu biasa buat stok untuk satu minggu letak dalam botol dan simpan dalam peti ais. Sesuai di minum waktu pagi atau sebelum masuk tidur (malam).



PD - Family Day

Hmmm....sejak akhir2 nie rasa mcm malas jer nak updated blog mungkin sebab cuaca di Melaka panas tu yg sampai badan pun macam lemah semacam jer. Minggu lepas family sebelah hubby datang berkunjung sambil tu dia orang nak gi melawat adik ipar yg dah tamat Latihan Perajurit (askar - KAGAT). Dalam kesempatan tu hubby ajak bercuti sekali di Port Dickson...orang yg paling happy sesangat si Airiel sebab kalau bercuti mesti tidur di hotel yang ada kolam mandi hehehehe kerja nak berendam ajer....

Jom layan suasana tempat percutian menghadap laut selat Melaka....





Masuk jer perkarangan hotel....Abg Nuar Zain 
dah sedia menanti hehehehe.....












Permaisuri Hotel....kami tidur kat sini ler...bilik 1001 tingkat paling atas sekali jenis apartment terdapat 3 kamar tidur, 2 kamar mandi, ruang istirehat, ruang makan dan dapur serta ada balkoni menghadap ke laut. Harga pun boleh tahan jugak ler dengan keluasan bilik yg diberi memang selesa untuk percutian family yg besar.



Airiel dan Alya bukan main seronok mandi manda... almaklum memasing dah pandai berenang dengan pelampung keselamatan heheheehe......





Pandangan swimming pool di ambil dari balkoni....



Taniah Icik dah berjaya tempuhi ujian latihan selama 6 bulan di Kem Port Dickson dan Selamat Berkhidmat untuk Negara dan bangsa :)











Seramai 2,214 orang Perajurit Muda, Lelaki dan perempuan....







Kami sudah kekenyangan.....makanan di Restoren Nasreen seafood menepati citarasa kami....

Ice blanded Tembikai


yeay.....balik dr cuti dapat blender ais, hmmm dalam kepala nak wat ice blanded tembikai memandangkan kat umah ada buah tembikai yang MIL bawakan. Sejuk jer tekak ni... walaupun keadaan cuaca di luar rumah sekejap panas sekejap sejuk....janji hati gumbira....

Bahan-bahan:-
500gm buah tembikai
Ais ketul kecil-kecil
Susu cair 1/2 cawan
Gula 2 sudu besar
secubit garam

Cara-cara:-
Masukkan semua bahan dalam blender...kisar hingga halus dan berbuih di atas permukaan.
Dah siap boleh hidang dalam gelas bersama hiasan tembikai di sisipkan tepi gelas.

Cucur Udang

Salam petang semua....minum petang bersama anak-anak, Ayu buatkan cucur udang yang rangup di luar dan lembut di dalam kegemaran Airiel dan 'Alya. Seronok lihat 2 beradik nie main basikal di halaman rumah dengan kicauan burung pipit yg mencari makanan di taman larangan. Sekejap2 si Alya berlari-lari mengejar sekumpulan burung tue.... ibu dia orang plak laju jer mengunyah cucur ni tak sedar dah 3ketul habis masuk mulut hehehe.... jom lihat resepi kat bawah nie...

Cucur Udang
Sources: Ayuazren

Bahan-bahan:-
2cwn tepung gandum*
Udang
1/2 sdb baking powder* -ayak dgn tepung  
1/2 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Bawang besar - potong dadu
Carrot - potong dadu
kobis - hiris halus
daun kucai - hiris
1 biji telor
1 1/3 air sejuk - dlm peti ais
Minyak

Cara-cara:-
  • Campur semua bahan kering dalam satu bekas. Gaul semua bahan bagi rata.
  • Masukkan telor dan air sedikit demi sedikit sambil kacau hingga habis air.
  • Panaskan minyak yg secukup dengan api sederhana
  • Ambil senduk kecil besi rendam dalam minyak panas dan angkat.
  • ambil bancuhan tepung tadi guna senduk lain letak dlm senduk yg direndam minyak panas dan ambil seekor udang letak di atasnya..
  • masukkan dalam minyak dan goyang2 kan sedikit senduk...amik pencucuk lidi satay, korek sikit cucur tadi utk keluar dr acuan senduk.
  • Terbalikkan cucur dan goreng hingga garing kedua-dua belah.
  • Bila dah garing angkat dan toskan.
  • Ulangi proses yang sama hingga bacuhan tepung habis.
  • Hidangkan bersama sos cili....Ayu guna sos cili Thai cuma letakkan sedikit air suam dalam sos cili thai dan kacau bagi sekata.


Egg Tart


Morning....walaupun matahari semakin terpacak atas kepala kalau duduk kat luar rumah ya...resepi yang sebelum ni ayu ada bagi tau yang ayu ada buat dessert masa makan nasi ayam Ipoh...ok resepi ayu dah tulis di bawah nun di sini dalam keadaan line internet yang melembabkan....biasa orang buat tart guna bekas tart yang khas tapi kali ni saje buat lain dari yang lain guna bekas remekin....nampak tek remekin tue cantik kan? ada bermacam warna harga pun murah jer janji sedap mata memandang....


Sources : Zkinda mz Myresepi & Lily Talib & Norsha
Bahan-bahan:- 
1 paket puff pastry - jenama KAWAN

Filling:-
1 cawan susu cair @ susu segar - ayu guna susu segar
4 biji telur
1 cawan gula halus - ayu guna 3/4 cawan saja.
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil vanilla esen

Caranya :
1. Ambil sekeping puff pastry dan tekan² puff pastry tu dalam ramekin atau bekas kecil. ( gelek puff tu seperti Norsha buat - supaya nipis so bila masak nanti ia tak terlalu mengembang dan menyebakan adunan telur membuak tumpah.)

2. Jika buat dalam mould tart, sekeping puff pastry tu boleh dapat 2 biji tart telur so kena kerat. Kalau guna ramekin sebijik ramekin untuk sekeping puff pastry.

Untuk Filling :
Pukul manja gula dan telur biar sebati
Masukkan kesemua bahan filling dan kacau sebati kemudian tapiskan adunan filling tu.
Tuangkan kedalam acuan yang diletakkan pastry tadi dan bakar dengan suhu 190 selama 30 minit menggunakan api atas bawah.

Nasi Ayam Ipoh

Entry lewat masuk...NASI AYAM IPOH.... gara2 keenakan masakan ni makan malam boleh bertambah nasi dan lauk lagik memang terus hancus diet tapi sebelum  makan diet ku dah masuk dalam bakul siap hehehe...
Entah kenapa sejak dua tiga hari ni mood Rajin datang melampau lampau plak....di tambah plak dapat seruan dari kak Lily yang selalu menayang Nasi Ayam Ipoh baik di blog atau di GBS, katanya dah banyak kali buat dan sedap....hmm siang tadi dia masak lagik nasi ni, ayu pun geram cuba arr masak menggunakan resepi yang diberi....perghhhh Mantop Marbeless....memang sedap sampai hubby pun siap minta nasi tambah...

Dah terlanjur bahan semua cukup lengkap betul2 lagik 2jam hubby nak balik dari office...Ayu dah berperang bukan di medan perang ya :) tapi di dapur yg kecil dan comel menyediakan 1 set hidangan makan malam dan dessert sekali. Ok nasi tu sedap, kuah sup sedap, sos lada pun sedap, sos kicap yg selama ni ayu tertanya2 mcmna nak buat sama mcm kat kedai pun dah menjadi buat sendiri dan yg terakhir ayam tu Ayu di masak dengan kaedah bakar memang sedap smpai habis licin tinggal tulang ja yg ayu dan family tinggalkan hehehe...

Memang puas hati untuk hidangan malam kali nie tak sia-sia waktu siang Ayu diet nasi....yang best nyer hubby lepas 1/2jam hubby berehat dia buka jer tudubg saji...perkataan pertama di mulutnya "wah....nasi ayam" salah satu faberet kami sekeluarga....

Jom Ayu kongsi resepi ni dari rumah kak Lily dan Azlita

Sup Ayam :-
Air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu - ayu xletak ganti dgn carrot :)
1 sudu besar serbuk lada sulah

  • Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk. Tutup periuk dan masak hingga didih.
  • Selepas air mendidih, masukkan ayam. Biar ia masak selama 20 minit.
  • Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan. Ketepikan ayam.
  • Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
  • Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa. Masak hingga didih.
  • Perasakan sup dengan garam secukup rasa. Untuk menghidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.
 Ayam Bakar atau Goreng :-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Caranya :-
  • Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
  • Masukkan bahan yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk, kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang 1/2 jam.
  • Selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven.
  • Kalau nak goring jgn goring terlalu lama agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus. 
  • Bagi Ayu sedap bakar dan tidak berminyak

Nasi Ayam :-
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
1 sudu besar minyak bijan - ayu ganti dgn minyak sayuran
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Caranya :-
  • Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
  • Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
  • Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata, kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
  • Tutup periuk nasik dan tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.

Sambal Lada :-
10 - 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah
sedikit halia - ambil dari rebusan sup
5- 6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi atau nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya


Caranya:-
  • Masukkan semua bahan didalam blenderkecuali limau kasturi dan kisar halus.
  • Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata. 
Sambal Kicap :- 
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung dibancuh dgn air secukupnya - utk memekatkan

Caranya :-
  • Blend semua bahan kecuali tepung jagung. Selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur.
  • Agak-agak dah panas, boleh lah di masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah.

Egg in A Toast



Morning semua... pagi-pagi ni hanya sarapan dengan air kopi dan roti telor bakar jer....menu yang simple untuk di sediakan. Dengan kerangupan roti di bahagian sekeliling serta gabungan keju dan telor separuh masak....Anak-anak Ayu siap makan dengan sos cili lagi  bagi mereka kalau takde rasa pedas tak berapa best....

Sources: Ayu Jalinan Rasa
Bahan-bahan:-
2 keping roti putih atau wholemeal
1 biji telor
1 keping cheese
Sedikit serbuk lada putih

Cara-cara:-
1. susunkan 2 kpg roti putih
2. ambil sekeping cheese dan potongkan 4 bahagian sama size
3. susunkan potongan cheese tadi ke atas roti
4. kemudian ambil sekeping roti dan potongkan di bhagian tengah
5. setelah itu letakkan ke atas roti yang telah di susunkan dengan cheese tadi
6. pecahkan sebiji telor ke atas roti tadi
7. taburkan dengan sedikit serbuk lada putih
8. bakar pada suhu 180c selama 10-15 min (suhu bergantung pada oven)





Black Forest Cake


Salam kembali hari nie ayu buat kek special black forest untuk makan-makan bersama hubby dan anak-anak.  Kek ni nak buat pun senang jer bancuh itu ini ha dah siap boleh masuk terus dalam oven hehehehe...dah lama sebenarnya nak buat cuma masa jer tak mengizinkan. Kebiasaannya kek black forest ni ayu selalu beli di kedai kek kat luar sana tapi sejak dah reti sedikit dalam dunia baking dalam 2tahun tak membeli kek di kedai luar....

Ayu buat kek ni ketika Alya sedang nyenyak tidur kalau dia ada memang sah2 kek ni gerenti tak menjadi asyik kena ganggu oleh Alya sibuk kita bancuh bahan2 dia pun sibuk juga nak menolong...dah nama budak kecik kita cakap banyak kali pun bukan dia paham.

Kek ni ayu ikut resepi joy of baking kebanyakan resepi yg diberikan memang betul2 menjadi tapi biasalah kalau tak menderhaka resepi tak sah.

Black Forest Cake
Sources: Joy of Baking
Olahan: Ayuazren


Chocolate Genoise:
3 tablespoons (42 grams) hot melted unsalted butter
1/2 cup (60 grams) cake flour

1/4 teaspoon salt

1/3 cup (30 grams) unsweetened regular or Dutch-processed cocoa powder
4 large eggs
2/3 cup (135 grams) granulated white sugar 
1 teaspoon pure vanilla extract



Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C). Butter, or spray with a non stick spray, a 9 inch (23 cm) round cake pan and line the bottom of pan with parchment or wax paper.
In a bowl, sift the flour, salt and cocoa powder.In a heatproof bowl whisk the eggs with the sugar. Place over a saucepan of simmering water, and whisking constantly, heat until lukewarm (about 5 minutes). Remove from heat and transfer to the bowl of your electric mixer. Beat on high speed until the mixture is thick (about 5 minutes) (the batter will fall back into the bowl in a ribbon -like pattern). Beat in the vanilla extract. Then shift about one-third of the flour mixture over the egg mixture and gently fold in using a rubber spatula or whisk. Sift and fold in another third, and then fold in the rest. Take 1 cup of the batter and fold it into the melted butter (to lighten it). Then gently fold it into the egg batter. Pour into your pan, smoothing the top.Bake for about 20 -25 minutesor until a toothpick inserted into the center comes out clean (cake starts to shrink from sides of pan). 




Apabila kek sudah masak kita sejukkan dan bila dah sejuk kita keluarkan kek dari dalam loyang.
Potong kepada 2 bahagian atau bergantung kepada berapa bahagian yang kita nak jadikan layer. Ketepikan.
Untuk buat topping pula didalam resepi joy ada menggunakan alkohol tetapi di resepi ni ayu telah ubahkan sedikit bahan topping tapi masih menepati citarasa.

Filling:
4sdb Blueberry filling yg ada buah - boleh beli kat bakery
1 sdb tepung jagung
1 sdb gula kastor
300ml whipp topping
Cherry Merah - hiasan
Choc rice

Ambil 1 sdb blueberry filling tanpa buah campurkan gula, tepung jagung dan sedikit air kacau kasi rata dan tidak berketul. Tenggekkan atas api yg perlahan hingga pekat. Biarkan syrup tu sejuk. Sapukan syrup atas setiap kepingan layer tadi. Sapukan whipp topping dan ratakan.Letakkan lebihan filling blueberry sapuan cream tadi.Letakkan lapisan kedua dan lakukan kaedah yang sama hingga siap semua lapisan.Sapukan keseluruhan kek tadi dengan  cream dan ratakan. Taburkan choclate rice disekeliling kek dan susun buah ceri di permukaan atas kek. Ditengah2 kek boleh tabur kepingan coklat yg telah diparut. Boleh hias kek ikut kreativiti sendiri.

Grilled Chicken


Grilled Chicken
Sources : Chef Joha
Olahan : Ayuazren

Bahan -bahan:-
1/4 ayam drp seekor
1 1/2 sdb Cili kisar - ayu guna pes sambal tumis kat sini
1/2 inci halia - tumbuk separuh lumat
1/2 inci lengkuas - tumbuk separuh lumat
1sdt ketumbar - tumbuk halus
1sdt jintan halus
1sdt serbuk kunyit.
1/2sdt olive oil
Garam secukup rasa
1helai daun ketumbar - racik halus2



Cara-cara:-
Ayam diperap selama 1 atau 2jam  dengan kesemua bahan di atas. Gaul rata.
Panaskan oven terlebih dahulu sebelum membakar dengan suhu 160c masukkan ayam yg di perap tadi dan masak lebih kurang 30min mengguna api oven untuk Grill.Dah masak boleh dihidangkan.