REMPAH RATUS KEHIDUPAN

soto ayam


Soto Ayam hidangan favourite keluarga Ayu, ingat lagi setiap kali balik kampung...Ayu dengan adik beradik semua balik berkumpul rumah mak bak mesti soto ni tak ketinggalan dan yang pasti hasil dari tangan mak. Mak masak apa pun mesti sedap makan bertambah diet pun hilang ntah ke mana heheheehe..

Biasanya kuah soto mak guna sup bunjut adabi selain bahan tambahan yg dia gunakan, tapi kali ni Ayu menggunakan Rempah Soto Mak Siti dah lama beli rempah tu cuma tunggu semangat R datang bertandang....dan penambah sedap ada bergedil... pertama kali Ayu mencuba buat sendiri dan terus jatuh cinta...sebab sebelum ni penah lihat kakak ipar buat sendiri selain tu pernah sekali makan kat kedai tapi tak berapa kena dengan selara Ayu....


SOTO AYAM
Olahan Ayuazren

Bahan A
Ketupat /nasi impit yg di rebus
1/2 ekor ayam
1/4 ayam - ayam yg di belah 4 dan ambil 1/4bhgn isi
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Buah Pelaga
Air secukup yg di kehendaki
Garam secukup rasa
Minyak menumis

Bahan B
4ulas bawang merah/kecil
2ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1btg serai - size besar
1 1/2 sdb rempah soto Mak Siti
*Kisar semua bahan B

Hiasan 
Bawang Goreng
Daun Sup 
Daun Bawang
Kacang Goreng
Suhun - di goreng

Cara-cara
  1.  Perapkan ayam dengan bahan yg dikisar selama 1/2 jam atau nak lagi meresap rempah boleh perap lagi lama.
  2. Didih air dlm periuk, masukkan 1/4 bhgn ayam...rebus hingga masak.Angkat dan tos dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak, tumis bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga serta ayam yg diperap tadi  hingga terbit bau.
  4. Masukkan air lebihan rebusan, kalau tak cukup tambah lagi dan biar mendidih serta ayam separuh masak.
  5. Angkat ayam dan toskan. Lepas tu boleh goreng ayam tadi. Sejukkan dan siat2 isinya.
  6. Kuah sup tadi masukkan garam secukup rasa. kalau nak kuah yg byk boleh tambah air dan tambah rempah soto Mak Siti.

BERGEDIL AYAM

Bahan-bahan
1/4 bhgn Ayam yang di rebus
2biji kentang -rebus dgn kulit
1/3 cwn Bawang Goreng - Ayu guna homemade lagi sedap
Daun sup - cincang
1/2 kiub pati ayam
2 sdt lada sulah
garam secukup rasa
1biji Telur

Cara-cara
  1. Sediakan mangkuk besar
  2.  Ayam yang di rebus tadi cincang halus-halus.Masuk dlm mangkuk. ketepikan
  3.  kentang dibuang kulit dan potong-potong dalam size 1/2 inci tebal. Kemudian goreng kentang hingga kekuningan. Dah masak angkat tos dan sejukkan.Akhir sekali tumbuk lumat dan masuk dalam mangkuk.
  4. bawang goreng di tumbuk lumat dan masuk dalam mangkuk.
  5. Masukkan daun sup, kiub pati ayam, lada sulah dan garam ke dalam mangkuk.
  6. Gaulkan semua bahan dlam mangkuk tadi dan kepalkan dan jadikan ia btk bulat leper.
  7. Celup bergedel tadi dalam telur dan goreng. apabila dah garing boleh angkat dan toskan.



Happy Birthday boy


Assalamualaikum...
Saya nie Airiel 
Hari ini 29th May, umur saya dah genap 6 tahun...
dah besar kan???


Hmmm....yang ini adik saya Alya
Comel kan???
tapi suka kacau masa wat homework...
saya tak kisah sebab dia pun nak pandai macam saya...


Sedap kek nie.....saya pilih sendiri.... ibu buat dekat kedai 
Best kan???
walaupun ibu pandai buat kek sekali sekala nak makan kek kat luar plak...


Ini hadiah dari Ayah dah jadi sebahagian koleksi saya....
Ibu kata, sejak umur 2 1/2 tahun saya dah suka toys macam ni....
Haaa... lagi satu  ia boleh menguji minda...
Ayah kata hadiah ni 2 in 1 untuk besday dan exam 1/2 tahun saya dapat capai markah yg ayah ibu inginkan ....mestilah semua A


Jom menyelam.....
rasa seronok sangat...kalau lah ada pool kat rumah mesti hari-hari saya terjun dalam pool nie


Sedapnyer....Indulgance Cake
pssstt...saya ancem tak??
Ok lah semua...insyaAllah besday tahun hadapan kita jumpa lagi...
BYE....


Sarapan Apa?

Good Morning semua... amboi semuanya nampak ceria pagi ni :) mesti masih tak dapat lupa kenangan semalam kan? dapat ucapan, kucupan dan hadiah lagi dr insan-insan yang tersayang dan paling best dapat berkumpul bersama keluarga dengan makan-makan di luar....

Hmmm cuaca hari ni pun nampak ceria jer, Ayu ingat nak berkebun sekejap dah naik semak dengan rumput-rumput dah panjang hampir menutupi tanaman sayuran dan bunga.


Ok pagi ni hanya sediakan sarapan koko krunch untuk Airiel mengalas perut sebelum ke tadika sementara menunggu jam 10am nnt. Ikutkan hati anak bujang Ayu memang tak mahu sarapan pagi2 tapi saje di paksa takut perut masuk angin plak.

Nasi Kuning Ayam Panggang Kerisik


Salam siaran kembali...lama kan ayu menghilang tinggal rumah pun dah macam nak bersawang....sebenarnya masalah yang sama berlaku lagi lappy meragam dah macam hilang semangat untuk berblog....kalau yg mana add friend dangan Ayu mesti tau ayu tak menghilang sebab masih online di facebook.

Kali nie Ayu mencuba resepi Nasi Kuning Ayam Panggang Kerisik yang di beri oleh kak June Cappola. Memang ternyata sedap sebab ini dah masuk kali kedua ayu hidangkan untuk hubby dan keluarga. Rata-rata semua kata "SEDAP" siap bertambah nasi dan lauk....dengan hidangan nasi yg ada rasa lemak tapi tidak memuakkan (bagi tekak Ayu & family) dan ayam yg bau semerbak wangi dengan kerisik....fuhhh! ni sape yang DIET memang kelaut....boleh di hidangkan bersama kuah sup.

Thanks kak June sudi kongsi resepi ni dan izinkan ayu syer di blog yang masih baby lagi hehehehe...setiap resepi kak June yg ayu cuba memang tak pernah menghampakan....bagi yang ingin mencuba resepi nie jangan lupa ya kredit kepada empunya resepi :)

NASI KUNING AYAM PANGGANG KERISIK
Sumber: June Cappola
Olahan: Ayuazren

Bahan A - Nasi Kuning
3 cawan beras basmati atau jasmine - Ayu guna basmati
3 cawan air rebusan ayam/chicken broth atau kuib pati ayam dicampur dgn air
3/4 cawan santan
1 btg serai-diketuk
1 tsp zest lemon
1 in halia dihiris atau diketuk
1/2 tsp serbuk kunyit
1 tbsp garam secukup rasa

Cara-cara:
Beras di cuci bersih dan di toskan (ayu rendam sekejap beras tu bila masak nnt beras akan panjang).
Masukkan semua bahan dlm periuk rice cooker kecuali beras biarkan air didih kemudian masuk beras  masak mcm biasa.

Bahan B -  Ayam Panggang Kerisik
1ekor Ayam belah 4
3 sudu besar kerisik*
2 btg serai*
6 ulas bawang putih *
3 ulas bawang kecil*
2 sudu besar pes halia* - ayu guna halia size 1 inci
2-3 btg cili merah atau 2-3 sudu besar cili kisar* ( kalu nk lg pedas bole tambah lada kecil)
2 sudu teh serbuk ketumbar* - ayu guna 1sdb ketumbar biji
1 sudu teh serbuk jintan manis* - 1sdb jintan manis biji
1 sudu teh serbuk kunyit*
2 sudu teh garam*

Cara-cara:
Kisar semua bahan2 yg bertanda*. kepingan ayam dikelar2 kemudian campurkan bahan kisar dgn ayam dan gaul rata (sumbat2 marinate dlm kulit ayam).
Perap kan selama 1-2 jam. Panaskan oven atau grill pd suhu 400'F. bakar selama 1 jam 15 min atau hingga masak dan golden brown ( kulit ayam jadi ranggup).


Cara ayu untuk bahan kisar....serai, bawang putih, bawang kecil, halia, kunyit, garam dan cili kisar di blender sama manakala ketumbar dan jintan manis ayu tumbuk. Selepas tu bhn yang tumbuk di campur dengan bahan blender dan gaul dgn ayam. Rasa aroma rempah lagi menyerlah....

Selamat Hari Ibu

 Selamat Hari  Ibu...terutama puan Hajah Zaiton, moga mak diberi kesihatan, ceria bersama bak, anak-anak dan cucu-cucu yang tersayang. Setiap pengorbanan mu tak dapat di balas...hanya doa' untuk mu Mak.
Untuk hubby thank you so much atas pemberian awal hadiah sempena Hari Ibu....suka sesangat, kecil tapi sangat bermakna setiap saat dan detik...
Bagi ku setiap hari adalah Hari Ibu, walaupun sambutan Hari Ibu di sambut setiap hari Ahad minggu ke-2 bulan Mei setiap tahun...