REMPAH RATUS KEHIDUPAN

Daging Perap Masak Hitam Ala Mamak

Buka peti tarik laci peti ada lauk mentah Daging Lembu Sira Nisan. Lauk terakhir yang diperap dengan gula nisan original dari air tangan mak sebelum balik kampung bulan lalu.Biasa goreng macam tue aje, tapi hari ini kononnya nak buat kelainan...konon la nak masak lemak pastu wechat kakak tanya dia "boleh ke daging tu masak lemak" hmmm...jawapan kakak " Macam x kena jer..sbb da manis". Ok laa dari masak lemak bertukar masak hitam ala mamak. Jalan-jalan kat blog jiran bernama dapur Madiha jumpa resepi yang betul ngam dengan bahan yang ada di dapur. Mintak halal ya bagi empunya asal resepi nie...


Daging Perap Masak Hitam Ala Mamak 
Resepi:  CT Zaliedana
Sumber: Madiha
Bahan Utama
400 gm daging ~ dipotong nipis ~(ayu guna daging yang diperap gula nisan)
1 biji kentang di potong 6
Minyak Masak
Rempah 4 sekawan


Bahan A 
6 tangkai Cili Kering Dibelah 2, buang biji n direndam seketika supaya lembut
2 ulas Bawang Putih Dihiris Nipis
6 ulas Bawang Merah Dihiris Nipis
1 Inci Halia Dihiris Nipis
1 Sdt Jintan Manis(Biji)
1Sdt Ketumbar(Biji)

Bahan B
1 Batang Serai Diketuk
2 Sdb Tomato Soup Kimball
1 Sdb Tomato Puree
6 Sdb Kicap Masin Cap kipas Udang
5 Sdb kicap Manis Cap Kipas Udang
1 Sdb kicap ABC
Garam Gula n perasa jika perlu. tapi aku xletak dah.. 

Bahan C
1 Sdb Minyak
2 Ulas Bawang Merah Dihiris Nipis
1 Ulas Bawang Putih Dihiris Nipis
Daun Kari

Cara-cara menyediakan
  • Goreng bahan A dengan sedikit minyak hingga layu n naik bau, sejukkan seketika & blend hingga halus dengan menggunakan sedikit air n minyak gorengan tadi.
  • Dalam mangkuk @bekas yg sesuai, perapkan seketika bahan kisar n sedikit daun kari bersama daging yg dipotong nipis.
  • Panaskan kuali, tumis rempah 4 sekawan, masukkan daging yg diperap tadi, kentang n semua bahan B. Biarkan masak dalam api perlahan supaya pecah minyak. Tambah air jika perlu. Masak hingga agak kering sedikit.
  • Setelah daging n kentang empuk, tutup api letakkan dalam pinggan yg sesuai, ketepikan dahulu.
  • Dalam kuali yg lain masukkan minyak, tumis bawang merah, bawang putih hingga kekuningan, masukkan daun kari kacau2 kejap & terus tuang ke dalam pinggan daging tadi.  Bolehlah dihidangkan bersama nasi@roti..
Selamat Mencuba...

4 ulasan:

  1. Hehehe akk pun da lama x update..

    BalasPadam
  2. Boleh try ni.slalu daging goreng kunyit je 😂 tq sudi share resepi.

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    BalasPadam