REMPAH RATUS KEHIDUPAN

Pau Kacang


Salam bersiaran.... hari ini ayu tak memasak banyak masa dihabiskan di luar kawasan rumah, ini pun baru jer sampai dan terus update hidangan petang semalam yang tidak sempat untuk di kongsikan bersama teman-teman di alam maya. 
Pau inti kacang merah, mula-mula rasa macam tak yakin untuk buat pau ni memandang diri masih lagi dalam proses belajar, takut tak jadi pun ya jugak nnt bazir tepun...tapi permintaan anak mengatasi segala-galanya... hari Jumaat lepas Airiel minta Ayahnya beli sebiji pau daging dan sebiji pau kacang merah di pasar malam dalam taman perumahan, bila sampai rumah airil bahagi dua (2) dgn alya setiap jenis pau tapi ada sebahagian pau tu dia belum makan....sekali nengok atas meja dah habis lesap si adik makan hehehe..... merajuk arrr 

Sources: Kak Yani MyR
Bahan-bahan:-
150g tepung gandum
150g tpg high protein atau tpg pau
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur 

Cara-cara:-
1.Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
2.Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
3.Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
4.Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
5.Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
6.Utk uji naik ke tidak...Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
7.Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
8.Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
9.Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
10.Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

Siap je elok pau naik dan bersedia untuk masuk dalm periuk kukus.....tetiba Alya datang dekat table top....huh! terperanjat si Alya tertekan sebiji pau disebalik litupan kain tuala, hmmmm kan dah cacat kemik peset. Bila si Airiel dengar ibu dah bising2 dia pun datang menjenguk dgn automatik muka dah berkerut geram kat si adik yg sorang ni almaklum pau ni ibu buat khas untuk Airil.... 

P/s: Mengikut resepi asal ni boleh dapat 8biji pau tapi ayu buat dlm btk kecil2 stiap doh dalam 30gm boleh dapat lebih kurang 13biji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan