REMPAH RATUS KEHIDUPAN

Scrambled Eggs pilihan Airiel


Selamat pagi kawan-kawan blogger semua....pagi Jumaat yg cerah dan sejuk. Pagi nie lagi sekali makan roti kali ni nak kasi Airiel bertenaga sikit sebab anak ni kalau jam 8pagi memang susah sangat nak sarapan terutama waktu nak pergi sekolah. Kalau masa cuti pun jam 10pagi baru dia sarapan. nak buat macam mana kan??? terpaksa la ibu kreatif bagi tarik minat dia.

Scrambled Eggs with Cheese....memula tu dia kata tak nak makan pastu Ayu suruh dan paksa juga dia rasa satu suap pastu nampak makin laju hampir separuh roti tu habis hehehehe sedap la tue.....masa suapan terakhir tu Airiel ada tanya "ibu, nanti tengahari ada lagi tak, scrambled eggs ni?" hmmmm nak suruh ibu masak lg, balik sekolah mau makan.

Jom amik resepi scrambled egg pilihan Airiel hari ini....

Bahan-bahan:
2 keping roti
1 keping chicken meatloaf - potong kecil

20gm cheddar cheese - parut
2 biji telor
secukup rasa garam & white pepper
1/2sdk butter
1/2 biji bawang besar - didadu
1/2sdb susu segar
Sedikit minyak - ayu guna olive oil

Cara-cara:
  1. Pecah telor dalam mangkuk, masukkan susu, garam & white pepper. kacau macam buat telor dadar.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam pan non stik, masukkan chicken meatloaf dan bawang kacau/goreng hingga separuh masak. Angkat dan toskan. Minyak lebihan buang (kalau syg boleh guna utk masakan lain)
  3. Pan yg telah panas masukkan butter bagi rata keseluruh permukaan pan tadi dan masukkan telur pastu letak cheese dia atasnya dan juga chicken meatloaf yg digoreng tadi. kacau perlahan-lahan bagi semua bahan rata.
  4. Sapukan kedua belah roti dengan butter dan panaskan sekejap di atas pan.Balik2 kan dan angkat.
  5. Letakkan scrambled eggs di atas kepingan roti dan kapitkan dengan kepingan roti yg lagi satu
  6. Selamat Mencuba
*nak rasa pedas boleh letak sos cili di dalam roti tu.....

BEE HOON SUP UTARA



Assalamualaikum & salam sejahtera......baru satu hari tak bersiaran rasa macam 1minggu lamanya, ini lah di katakan semangat berblog makin membuak-buak untuk berkongsi tentang dunia masakan dan perihal anak-anak yang sentiasa di sisi  setiap hari.

Melaka hari ini hujan....memang sejuk sangat tapi Ayu tetap kena masak juga sebab ada anak yg balik tadika nnt nak makan begitu juga yg ada tinggal kat rumah ni asyik menyebut nak bee hoon termasuk ibu sekali. 

Resepi Bee Hoon Sup Utara ni ayu ambil dari resepi kat rumah sis Ida yg jauh nun tinggal di negara matahari terbit Jepun. Kak Ida, izinkan Ayu kongsi di sini ya resepi mu ini....memang sedap sangat sampai makan bertambah dengan sambal merah pedas tu . Biasa Ayu makan bee hoon sup ni dgn sambal kicap tapi kali ini dengan sambal merah, anak-anak pun suka sampai hirup habis kuah dalam mangkuk tu.

Bee hoon Sup Utara
source: idaddapur
Bahan A:
  • 1 paket bihun kering
  • 1/2 sdk serbuk kunyit
Cara-cara:
  • Rendam bihun dengan air lebih kurang 1 jam bersama serbuk kunyit hingga lembut -ayu rebus ajer terus
  • Toskan 
 Bahan B (kuah):
  • 1 kg daging
  • Air secukupnya
Jika nak tambah tulang lembu pun boleh
  •  2 paket sup binjut
  • 1 sb rempah sup serbuk
  • 3 ulas bawang putih - di kisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1/2 labu bawang besar / 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/4 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 inci lengkuas -diketuk
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 inci halia - diketuk
  • serbuk perasa jika suka - ayu tak letak
  • garam secukup rasa
Cara-cara:
  • Ddaging di potong kiub besar
  • Di dalam periuk masukkan daging, air secukupnya kemudian bahan kisar, bahan yang diketuk dan sup bunjut. Rebus sehingga separuh empuk.
  • Kemudian tambah bahan B yang lain dan teruskan memasak.
 Bahan C (menumis):
  • 3 btg kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 5 bj buah pelaga
  • 3 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 1/2 inci halia - hiris nipis & halus
  • 4 ulas bawang merah / 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
Cara-cara:
  • tumis bahan C didahulukan dengan rempah kasar, bwg putih, halia & bwg merah/besar hingga naik bau. Kemudian tuang ke3 dalam bahan B. Jangan masukkan semua minyak menumis ke dalam kuah, untuk mengelakkan kuah terlalu berminyak (lebihan minyak tumisan digunakan utk memasak sambal merah). Masak bahan B hingga daging empuk, sesudah cukup rasa matikan api.

Bahan D (sambal merah):
  • 5 sudu besar serbuk cili / cili kering kisar - ayu pakai cili kisar
  • sedikit garam & gula
  • 1sk air perahan lemon/ limau nipis
  • serbuk perasa - ayu guna 1/4 sk serbuk pati ayam
  • sedikit air


Cara-cara:
  • Gunakan kuali dan minyak dari bahan menumis tadi ( keluarkan sedikit minyak jika terlalu banyak)
  • Masukkan bahan D dalam kuali tadi.
  • Masak sambal seketika...rasa dan tutup api
 Bahan E (hiasan)
  • Daun bawang, daun sup - hiris nipis
  • Bawang Goreng
  • Ketulan daging dalam kuah tadi ditoskan dan dihiris nipis.

Hiaskan dengan masukkan bee hoon diikuti dgn kuah sup,bahan hiasan dan sambal merah.Makan masa panas.