REMPAH RATUS KEHIDUPAN

Roti Pizza

Entry last malam ni Roti Pizza hidangan feberet anak-anak.....actually dah lama ayu buat cuma hari ini nak berkongsi resepi....anak2 siap cakap lepas ni tak perlu pergi pizza hut memandangkan ibu dah reti buat pizza simple...

Sources: Ayuazren
Bahan-bahan:
Roti Gardenia atau sbrg brand



Topping-
Mozarella Cheese
Cheddar Cheese
Daging Cincang
Sosej potong bulat
Lada Banggala - potong dadu
Bawang besar - potong dadu atau hiris
Tomato - potong dadu buang biji
Buah olive - potong bulat
Serbuk Sup
Olive Oil
Bawang Putih 1 ulas besar -tumbuk/ cincang halus
Sos Tiram - secukup rasa

Cara-cara:

1.utk buat topping.Panaskan minyak tumis bawang putih hingga naik bau pastu masuk rempah sup kacau kejap dan masukkan daging, kacau lagi dan masukkan sosej serta sos tiram. Akhir sekali masukkan tomato kacau bg rata dan sekata. Masukkan sedikit garam secukup rasa.

2.Panaskan oven dgn suhu 180c.


3.Ambil beberapa kpg roti atur dlm loyang pembakar.Letakkan bhn2 yg dimasak td susun atas roti,pastu tabur cheddar cheese, taburkan bawang besar, lada benggala dan buah olive.Akhir sekali tabur mozarella cheese.


4.Bakar dlm oven selama 3min atau lihat taburan cheese dah betul2 mencair


P/s: Sukatan bahan mengikut citarasa sdiri sbb Ayu msk main pakai campak2 jer ni.

1 ulasan: