REMPAH RATUS KEHIDUPAN

Percutian Hujung Minggu

Sekejap jer masa berlalu... pejam celik dah hari isnin macam tak puas bercuti rehat di hujung minggu. Petang semalam ayu dengan anak-anak cuti dekat resort area Melaka... punya la suka si Airiel dengan Alya ni pabila ayah dia orang cakap mahu tidur resort melonjak sakan..... tersenyum jer melihat telatah anak-anak yg sedang membesar. Jom layan suasana resort yang kami maksudkan dari gambar yang baru jer diambil.... kami tidur satu (1) malam ja sebab penginapan di sponsor.










Sampai jer kat bilik penginapan terus suruh ibu amik gambar.... Alya tu konon2 baca buku masakan padahal nengok gambar je yang lebih :) hehehe.....
















Ini gambaran sebenar dalam bilik penginapan jenis Deluxe....ruang tidur yang luas, kalau bawa anak 2 atau 3 orang masih muat lagi tapi kena bawa toto untuk jimat atau sewa jer tilam tambahan kat resort ni... Alya dah tak sabar nak landing...









Pandangan waktu malam












Halaman hadapan pintu bilik Resort berdekatan ni ada swimming pool







Waktu pagi...

Belakang tu laut selat Melaka hanya resort ni jer yang masih ada pantai dan sesuai untuk percutian keluarga yg ingin lari dari kejauhan bandaraya kerana resort di sini menampilkan suasana kampung. Jika anda di luar sana ingin bercuti di sini boleh datang ke Shah Beach Resort, Tanjung Keling Melaka, lebih kurang 30 minit dari Plaza Tol Ayer Keroh atau Plaza Tol Simpang Empat. Di sini hanya terdapat 2 jenis bilik penginapan iaitu Deluxe Room dgn harga dari RM200++ atau Standard Room dgn harga dari RM170++. Nak tau harga sebenar kena tanya terus bahagian resort  sendiri, alamatnya di KM 9, Tanjung Keling, Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan