REMPAH RATUS KEHIDUPAN

Mee Maggi Sup


Salam Pagi semua....dah beberapa hari tidak bersiaran nak kata terlalu sibuk tak juga, cuma lappy 2, 3 hari ni meragam sakit perut....tue yg tak boleh nak update segala aktiviti kat sini. Alhamdulillah sekarang dah okay :) minta-minta dia tak buat hal lagi. Hanya menu simple yang biasanya kaum Adam dan Hawa selalu masak di rumah dalam masa 5minit dengan siap bahan dah siap. Mee Maggi Sup ni Ayu hanya menggunakan mee sahaja dan perencah yg dalam plastik tu ayu tak guna sedikit pun.

Bahan-bahan:-
1 paket Maggi Mee
Ayam - bhgn isi hiris
1/2 kiub pati Ayam
Fish cake - hiris
Sawi
Carrot
1biji Bawang putih - diketuk dan cincang
3 biji Cili padi - potong bulat2
1/2 labu bawang besar - potong baji
1cwn air
sedikit minyak

Cara-cara:-
1.Celur atau rebus mee dlm air mendidih hingga 1/2 masak.Tos dan ketepikan.
2.Panaskan sedikit minyak dlm periuk, tumiskan bwg putih, bwg besar dan cili padi hingga naik bau.
3.Masukkan 1 cwn air dan isi ayam biarkan mendidih.
4.Masukkan kiub pati ayam bersama fish cake, Carrot. Bila carrot tu dah 1/2 masak...masukkan mee yg di rebus tadi.
5.Akhir sekali masukkan sawi, dan garam secukup rasa (kalau tawar)....kacau sedikit dan tutup api.
6.Siap di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan