REMPAH RATUS KEHIDUPAN

Sambal Pelbagai masakan


Sambal atau pes lada untuk pelbagai masakan tumis seperti sambal nasi lemak, mee goreng, sambal udang, nasi goreng, asam pedas dan macam2 lagi. Stok ini boleh simpan didalam freezer utk jangka masa lama hanya biar seketika di luar peti dan boleh di tumis.Bahan2 dibawah ayu ikut anggaran sendiri macam buat stok lada blender.

Sources: Ayuazren
Bahan-bahan:-
Bawang besar*
Bawang putih*
Cili Kering*
*kisar

Garam
Gula
Asam jawa

Cara-cara:-
Cili kering di potong-potong rendam dengan air panas hingga kembang...toskan.
Masukkan cili, bawang besar dan bawang putih dalam blender dan blend hingga hancur dan lumat.
Tumis bahan blender hingga garing, masukkan garam gula secukup rasa dan air asam jawa (jgn banyak sangat nanti masam plak). kacau hingga rata.
Sejukkan masuk dalam bekas bertutup dan simpan dalam freezer.
Bila nak guna hanya keluarkan seketika dan boleh lah tumis utk apa2 jenis masakan.

Oh My BB...

Salam Tengahari semua...mesti semuanya sedang menikmati juadah tengahri yg enak2 kan :) ermmm ayu pulak belum masak lagi mungkin lewat petang sikit... Ok Ayu nak bercerita mengenai magnet atau besi berani atau nama lagi glamour fridge magnet yang kebanyakan kita letak di pintu peti ais. Siapa kat sini peminat tegar magnet.Ayu tau ramai yang sanggup keluarkan duit untuk membeli magnet yg kecil ini semata-mata kerana minat.


Ayu memang dari dulu lagi minat kumpul tak kira la beli guna duit sendiri masa holiday atau kirim dengan kawan2, sedara - mara minta tolong belikan BB nie. Ada juga bb yg di terima dari teman2 atau kenalan baru yang duduk di lain negeri atau negara. Cuma sekarang ni byk BB yang ayu kumpul masa sebelum kahwin dah byk rosak anak2 buat main huhuhu...

Baru beli yang Melaka punya 



Tiba-tiba tahun ni ramai pulak dapat kekawan yg minat dengan bb ni....siap buat pertukaran lagi dan pada masa sama kita boleh tau negeri dimana kawan2 kita tu berada.... Saper2 nak bagi ayu fridge magnet dari luar negara pun boleh memang suka sesangat.... anda memang chomel....






Banyakkan BB ni semua label MELAKA tu belum key chain lagi

Rajin kerna cendol

Akhirnya tercapai juga hasrat hati nak makan Cendol Pulut di rumah dalam keadaan kemalasan melanda sejak dua (2) hari ni....adakah kerna faktor cuaca atau sebaliknya. Sorry ya....dah beberapa hari tak dapat masukkan entry baru bukan kerna tak masak....lappy kekurangan oksigen kena masuk hospital utk beberapa hari. Untuk menyejukkan hati dan cuaca yg panas terciptalah Cendol Pulut ini.

Sources: Ayuazren
Bahan-bahan:-
1cwn tepung beras
3cwn air
1sdk kapur makan
sedikit garam
5helai daun pandan

Cara-cara:-
1.Blender daun pandan dgn 1cwn air hingga lumat.Tapiskan.
2.Campurkan tepung, kapur makan, garam, 2cwn air dan tapisan air pandan. Kacau hingga sebati.
3.Panaskan periuk di atas api, kacau hingga likat.
4.Sediakan tapis cendol (ayu tak guna sbb takde tapis ni dan sbg ganti ayu guna botol plastik kicap) dan mangkuk yang berisi air sejuk.
5.Masukkan cendol dlm tapis dan lenyektekan.Buat sampai habis.
6.Cendol dan air simpan dalam satu bekas masukkan dlm freezer dlm 30min ini utk mendapatkan kekenyalan cendol itu bila di makan bersama santan dan air gula. 
  

GBS

Hari ni jari jemari  macam gatal sikit.... owhhh adakah ini menandakan pengaliran duit $$$$ akan keluar atau pun $$$$ masuk ke poket ku yang telah kehausan di saat-saat pertengahan bulan ni. Hmm lupakan saja asben dah pesan tak boleh gi shopping nak window pun tak boleh, huh! ada ku KESAH! hehehehe.... itu lah trademark satu group ni yg sekarang dah jadi sebahagian hidup aku di alam maya....almaklum diri nie tak ramai kawan di luar rumah. Sehari tak buka group ni macam tak cukup lengkap perasaan ini...kalau korang nak tau group ni tak sampai pun 1 tahun tapi ahli dan komen2 yg diberi mengalahkan group yang beribu-ribu ahli. Korang jangan nak minta link group tu gerenti tak jumpa punya sebab ahli pun limited... best sangat macam2 benda boleh kongsi bersama baik situasi gembira atau sedih.....

Baru-baru ayu buat pertama kalinya berjumpa dengan ahli GBS korang jangan ingat Geng Bas Sekolah okay :) kami semua dah lama tinggal sek tercinta.... jumpa pun sebab kebetulan pergi tempat yg berdekatan dengan tempat tinggal dia orang. Kawan2 kat sini bukan hanya di semenanjung tapi ada yg duduk di Sabah, Sarawak, London, Perth, Texas, Florida dan Singapore tak pernah bertemu tapi kemesraan di antara satu sama lain seolah-olah sudah lama mengenali. Jom layan gambar-gambar sekitar perjumpaan kawan2 baru yang 1st time jumpa memang RIAK sakan...







Di salah sebuah rumah teman FB di Kelantan..











 
 
Hat ni plak di salah sebuah tempat perkelahan di pantai area Kelantan juga....
Bukan setakat kami jer yang bertemu merapatkan silaturahim sesama manusia tetapi kami membawa pasangan masing2... kaum Adam dia berborak sama dia yang penting kami kaum Hawa dapat bertemu dengan keizinan suami yang ada bersama -sama kami....anak2 pun dapat kawan baru Horey.....
InsyaAllah berjumpa dengan teman2 yg lain lepas ni.


Pizza II


Assalamualaikum dan salam sejahtera..... pagi tadi celik mata jer terus bekpes kat kedai Pizza [ada ke kedai pizza open kul 8.00am) ala-ala rumah di Fazreen House. Sekali sekala bekpes cenggini best kan! tapi bagi perut yang dah biasa kemelayuan tak perlu arr nak paksa diri tu makan benda2 pelik macam nie siap ada chicken soup lagi. Ayu makan pagi tadi pun dah rasa seolah-olah berada di negara Omputih sambil bersantai di halaman rumah dengan bunyi kicauan burung tetiba..... owhhhh ada koala bear lalu di hadapan.... (x caya cer cari kat peta bawah tu )

Banyak kali dah buat pizza ni sejak 2 menjak dah pandai buat sendiri, pilih jer topping apa nak letak gerenti sedap dan berkenan dengan selera tekak sendiri.



Sources: Ayuazren & Arena Ghazali
Bahan-bahan:-
BHG. DOH
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 bungkus yis
3/4 cawan air
1sdb gula
2sdk olive oil
sedikit garam


Cara-cara:-
  • Satukan yis,gula dan air (air amik sikit dari sukatan 3/4 cwn). Biarkan hingga kembang dalam 10min.
  • Dalam mangkuk lain masukkan tepung, garam dan olive oil. kacau sebati lepas tu masukkan bancuhan yis dan air. Uli sampai tidak lekat di tangan dan biarkan selama 1 jam. bagi doh tue naik dan kembang, bowl tu tutup dengan kain.
  •  Tumbuk2 doh...bulatkan doh bahagikan kpd beberapa bahagian mengikut size yg diingini dan canai.
  • Sapukan dengan sos pizza, letak inti kesukaan sendiri dan cheese jangan terlupa. Untuk bahan topping boleh lihat di sini
  • Bakar selama 15 - 20 minit dengan 180'c.
 
Chicken Soup ni Ayu guna yg intant punya atau anda boleh guna yang dalam tin brand Chambells pastu dah masak tabur sikit serbuk lada putih.


Ikan Masak Kicap


Masakan orang malas cepat dan ringkas....masak pun tergesa-gesa pasai nak pergi pos barang2 yang customer beli dari produk keluaran Fazreen, tu yg terkejar-kejar takut pejabat Pos tutup. Ini salah satu masakan feberet anak2 ada rasa pedas sikit2 memang makan pun bertambah nasi ni.

Sources : Ayuazren
Bahan-bahan:-
2 ekor ikan segar
2 ulas bawang kecil -kisar halus (nak hiris pun boleh)
1 ulas bawang putih -kisar halus (nak hiris pun boleh)
1sdb cili blender - ikut citarasa kalau nak rasa pedas
1 inci halia - hiris
1labu bawang besar - potong bulat
1 biji tomato
Kicap - ikut berapa banyak nak letak
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng
Hiasan:-
1 biji Cili besar
Sedikit daun kucai

Cara-cara:-
Ikan dibasuh bersih, toskan dan lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan hingga garing sedikit dan angkat.
Panaskan minyak dalam kuali lain, tumis bawang kecil, bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan cili blender, kacau hingga pecah minyak dan masukkan kicap dan tambah sedikit air. kalau nampak cair sangat boleh tambah kicap lagik. biarkan hingga mendidih.
Kemudian masukkan tomato dan bawang besar, kacau rata sekejap.
Akhir sekali masukkan ikan yg di goreng tadi dan balik-balik kan ikan. Letak cili besar. Tutup api gas.
Angkat dan masuk dalam pinggan hidang. Hiaskan dengan sedikit daun kucai.


 

Percutian Hujung Minggu

Sekejap jer masa berlalu... pejam celik dah hari isnin macam tak puas bercuti rehat di hujung minggu. Petang semalam ayu dengan anak-anak cuti dekat resort area Melaka... punya la suka si Airiel dengan Alya ni pabila ayah dia orang cakap mahu tidur resort melonjak sakan..... tersenyum jer melihat telatah anak-anak yg sedang membesar. Jom layan suasana resort yang kami maksudkan dari gambar yang baru jer diambil.... kami tidur satu (1) malam ja sebab penginapan di sponsor.










Sampai jer kat bilik penginapan terus suruh ibu amik gambar.... Alya tu konon2 baca buku masakan padahal nengok gambar je yang lebih :) hehehe.....
















Ini gambaran sebenar dalam bilik penginapan jenis Deluxe....ruang tidur yang luas, kalau bawa anak 2 atau 3 orang masih muat lagi tapi kena bawa toto untuk jimat atau sewa jer tilam tambahan kat resort ni... Alya dah tak sabar nak landing...









Pandangan waktu malam












Halaman hadapan pintu bilik Resort berdekatan ni ada swimming pool







Waktu pagi...

Belakang tu laut selat Melaka hanya resort ni jer yang masih ada pantai dan sesuai untuk percutian keluarga yg ingin lari dari kejauhan bandaraya kerana resort di sini menampilkan suasana kampung. Jika anda di luar sana ingin bercuti di sini boleh datang ke Shah Beach Resort, Tanjung Keling Melaka, lebih kurang 30 minit dari Plaza Tol Ayer Keroh atau Plaza Tol Simpang Empat. Di sini hanya terdapat 2 jenis bilik penginapan iaitu Deluxe Room dgn harga dari RM200++ atau Standard Room dgn harga dari RM170++. Nak tau harga sebenar kena tanya terus bahagian resort  sendiri, alamatnya di KM 9, Tanjung Keling, Melaka.

Ais Krim Kacang Malaysia


Semalam Melaka hujan memang lebat sesangat diiringi angin yg bertiup kencang tapi hari cuaca panas....sesuai sangat bagi pengunjung luar untuk datang bercuti bersama keluarga di salah sebuah negeri yang terdapat didalam peta Malaysia, negeri yg penuh dengan tinggalan sejarah lama. Okay, apakata waktu cenggini basahkan tekak dengan ais krim Malaysia perisa kacang merah...sekurangnya boleh hilangkan dahaga setelah penat berjalan di luar sana. 

Memandangkan semalam banyak lebihan kacang merah yg di rebus, ayu pun buatkan ais krim yg masa kecik-kecik dulu rajin makan sebelum nak masuk kelas agama.

Ermmm...masa Ayu berada di sekolah agama kat kg dulu penah juga menjual ais krim ni yg letak dalam plastik panjang dengan harga 10sen sebatang dgn bermacam perisa....sambutan pun boleh tahan setiap hari bawa balik box kosong..... Jom lihat resepi ais kacang yg ayu pakai agak2 jer xsempat nak timbang.


Sources : Ayuazren
Bahan-bahan:-
Kacang Merah - dah rebus
Susu Pekat manis - ayu ltk dlm 2sudu camca
Susu Cair - ayu letak dlm 1/2 cwn
Gula - ikut kemanisan yg disukai
Air - dlm 1cwn
sedikit esen sirap (merah) - dlm 2titik

Cara-cara:-
Masak air hingga mendidih, tutup api dan masukkan susu pekat, susu cair dan gula. Kacau hingga rata dan rasa kalau kurang manis boleh tambah gula. Kemudian masukkan lebihan air kacang yg ditoskan kedalam periuk...kacau lagi dan masuk sedikit esen sirap. Kacau, biarkan sejuk.Akhir sekali masuk kacang merah ke dalam plastk atau bekas pop ice, baru isi airnya. Keras atau beku dalam peti.

Pau Kacang


Salam bersiaran.... hari ini ayu tak memasak banyak masa dihabiskan di luar kawasan rumah, ini pun baru jer sampai dan terus update hidangan petang semalam yang tidak sempat untuk di kongsikan bersama teman-teman di alam maya. 
Pau inti kacang merah, mula-mula rasa macam tak yakin untuk buat pau ni memandang diri masih lagi dalam proses belajar, takut tak jadi pun ya jugak nnt bazir tepun...tapi permintaan anak mengatasi segala-galanya... hari Jumaat lepas Airiel minta Ayahnya beli sebiji pau daging dan sebiji pau kacang merah di pasar malam dalam taman perumahan, bila sampai rumah airil bahagi dua (2) dgn alya setiap jenis pau tapi ada sebahagian pau tu dia belum makan....sekali nengok atas meja dah habis lesap si adik makan hehehe..... merajuk arrr 

Sources: Kak Yani MyR
Bahan-bahan:-
150g tepung gandum
150g tpg high protein atau tpg pau
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur 

Cara-cara:-
1.Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
2.Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
3.Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
4.Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
5.Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
6.Utk uji naik ke tidak...Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
7.Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
8.Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
9.Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
10.Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

Siap je elok pau naik dan bersedia untuk masuk dalm periuk kukus.....tetiba Alya datang dekat table top....huh! terperanjat si Alya tertekan sebiji pau disebalik litupan kain tuala, hmmmm kan dah cacat kemik peset. Bila si Airiel dengar ibu dah bising2 dia pun datang menjenguk dgn automatik muka dah berkerut geram kat si adik yg sorang ni almaklum pau ni ibu buat khas untuk Airil.... 

P/s: Mengikut resepi asal ni boleh dapat 8biji pau tapi ayu buat dlm btk kecil2 stiap doh dalam 30gm boleh dapat lebih kurang 13biji.

Puding Oreo

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.... hari ini agak lewat sikit ayu masukkan entri dalam blog. tengahari tadi sebelum ambil anak dari sek tadika, ayu dah siapkan pencuci mulut untuk anak - anak yg 2 orang kat umah nampak pulak ada stok oreo dlm gobok bakeri.

 Dan hari semalam jenguk rumah kak Azlita pastu merayap umah CMG nampak resepi puding oreo yg boleh menggugat keimanan tekak anak2 termasuk ibunya. Masa buat puding nie, Alya dah sibuk -sibuk nak tolong buat feberet dia lebih lagi ada oreo memang melonjak sakan dia. Jom lihat resepi yang simple xperlu bahan yang banyak....ya la dah nama pun puding buat pun bukan remeh sangat cuma memerlukan masa penyediaan dengan cepat kalau tak jelly akan mengeras sebelum sempat masuk dalam bekas.

Sources: CMG & Azlita Aziz
Bahan2 :-
1 paket serbuk agar (berat 10 gram)
10 biskut oreo, asingkan cream dan kisar halus
2 cawan air (500 ml)
2 cawan susu segar (500 ml)
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan gula halus
2 camca besar serbuk koko* - ayu tak guna
2 camca besar air panas*(*satukan dan kacau rata) - ayu tak guna

Cara2:- 
1. Masak air, gula, serbuk agar2 dan daun pandan hingga larut. Keluarkan daun pandan. Sementara itu satu susu, bancuhan koko dan biskut oreo kisar, kacau perlahan dan curah dalam agar2 tadi. Kacau rata.

2. Tuang dalam acuan pilihan hingga habis, biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk hingga agar2 menbeku. Keluar dan hidangkan. Sedap dimakan sejuk.


Disini ayu menggunakan kaedah atau cara kak Azlita gunakan...memula ayu masukkan oreo yg telah hancur tabur dalam bekas acuan mengikut ketebalan atau banyak mana yg diinginkan. Kemudian barulah ayu tuang agar2 tadi ke dalam acuan. Jika ayu campurkan semua serbuk oreo  dalam agar2 dan tuang ke acuan....belum tentu akan dapat kemendakan oreo tu di bahagian bawah kerana agar2 lebih cepat untuk mengeras sebelum oreo turun ke bahagian bawah. terima kasih pada pemberi asal resepi kerana ayu mengambil resepi di blog dan utk ayu kongsi bersama di blog ayu ni.



Roti Pizza

Entry last malam ni Roti Pizza hidangan feberet anak-anak.....actually dah lama ayu buat cuma hari ini nak berkongsi resepi....anak2 siap cakap lepas ni tak perlu pergi pizza hut memandangkan ibu dah reti buat pizza simple...

Sources: Ayuazren
Bahan-bahan:
Roti Gardenia atau sbrg brand



Topping-
Mozarella Cheese
Cheddar Cheese
Daging Cincang
Sosej potong bulat
Lada Banggala - potong dadu
Bawang besar - potong dadu atau hiris
Tomato - potong dadu buang biji
Buah olive - potong bulat
Serbuk Sup
Olive Oil
Bawang Putih 1 ulas besar -tumbuk/ cincang halus
Sos Tiram - secukup rasa

Cara-cara:

1.utk buat topping.Panaskan minyak tumis bawang putih hingga naik bau pastu masuk rempah sup kacau kejap dan masukkan daging, kacau lagi dan masukkan sosej serta sos tiram. Akhir sekali masukkan tomato kacau bg rata dan sekata. Masukkan sedikit garam secukup rasa.

2.Panaskan oven dgn suhu 180c.


3.Ambil beberapa kpg roti atur dlm loyang pembakar.Letakkan bhn2 yg dimasak td susun atas roti,pastu tabur cheddar cheese, taburkan bawang besar, lada benggala dan buah olive.Akhir sekali tabur mozarella cheese.


4.Bakar dlm oven selama 3min atau lihat taburan cheese dah betul2 mencair


P/s: Sukatan bahan mengikut citarasa sdiri sbb Ayu msk main pakai campak2 jer ni.

Mee Maggi Sup


Salam Pagi semua....dah beberapa hari tidak bersiaran nak kata terlalu sibuk tak juga, cuma lappy 2, 3 hari ni meragam sakit perut....tue yg tak boleh nak update segala aktiviti kat sini. Alhamdulillah sekarang dah okay :) minta-minta dia tak buat hal lagi. Hanya menu simple yang biasanya kaum Adam dan Hawa selalu masak di rumah dalam masa 5minit dengan siap bahan dah siap. Mee Maggi Sup ni Ayu hanya menggunakan mee sahaja dan perencah yg dalam plastik tu ayu tak guna sedikit pun.

Bahan-bahan:-
1 paket Maggi Mee
Ayam - bhgn isi hiris
1/2 kiub pati Ayam
Fish cake - hiris
Sawi
Carrot
1biji Bawang putih - diketuk dan cincang
3 biji Cili padi - potong bulat2
1/2 labu bawang besar - potong baji
1cwn air
sedikit minyak

Cara-cara:-
1.Celur atau rebus mee dlm air mendidih hingga 1/2 masak.Tos dan ketepikan.
2.Panaskan sedikit minyak dlm periuk, tumiskan bwg putih, bwg besar dan cili padi hingga naik bau.
3.Masukkan 1 cwn air dan isi ayam biarkan mendidih.
4.Masukkan kiub pati ayam bersama fish cake, Carrot. Bila carrot tu dah 1/2 masak...masukkan mee yg di rebus tadi.
5.Akhir sekali masukkan sawi, dan garam secukup rasa (kalau tawar)....kacau sedikit dan tutup api.
6.Siap di hidangkan.

Nasi Komok aka Nasi Beriani Siam - Khao Mok Gai


Nasi Komok sesungguhnya ayu baru pertama kali dengar ketika dan sewaktu itu masih berada di satu kumpulan yg tak berapa reti nak memasak. Rupa-rupanya nasi beriani Siam aka Khao Mok Gai. dan kebetulan hari Ahad ni tak tau nak masak hidangan apa untuk anak2 dan suami...ayu pun mulakan mencari resepi dengan bantuan pakcik google.Akhir ku temui di dapur kak Ayu Singapore. Jangan tersilap ya Ayu dan Ayu Singapore adalah orang yang berbeza.....
Setelah ayu cuba masak menggunakan resepi ini dan makan bersama anak2 memang terasa keenakkannya, sampaikan Airiel siap tambah lagi nasi dalam pinggan....biasalah anak lelaki ayu ni jenis cerewet sikit bab makan kalau dia kata tak suka memang tak boleh dipaksa makan. 
Sebenarnya rempah nasi komok ni ada di jual di Kelantan yg berdekatan dengan Siam....memandangkan di tempat seperti ayu tinggal ni susah diperolehi kak azian telah menggantikan rempah nasi komok tu dengan rempah yg tertera di bawah.
Last sekali terima Kasih kak Azian dan Ayu singapore sudi berkongsi resepi ni dan izinkan ayu berkongsi pula diblog yg masih baby ini.

Resepi
Sources : Ayu@curlybabesatisfaction / Azian via Kongsi resepi.

For the Spice Mix-(REMPAH KOMOK)
2 tsp curry powder (I used a Malaysian meat curry powder)
1 tsp ground turmeric(serbuk kunyit)
1 tsp ground coriander-(serbuk ketumbar)
1/2 tsp ground cumin-(serbuk jintan putih)(Ayu gunakan 1 sudu kecil)
1/2 tsp fennel-(serbuk jintan manis)-(Ayu tambah)
1/2 tsp cinnamon powder-(serbuk kayu manis)-(Ayu gunakan 1/4 sudu kecil aje)
1 tsp salt-(garam)
1 tbsp sugar- (gula)

BAHAN-BAHAN
5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi - ayu gantikan dgn butter + minyak
4-5 ulas bawang merah - hiris nipis
1 Inci halia - hiris nipis
4 Ulas bawang putih - hiris nipis
3 batang akar ketumbar-(Ayu gunakan batang yang bawah sekali yang tak berdaun atas akar)
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air
garam secukup rasa
Rempah penumis.-(Ayu gunakan 1 batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 biji pelaga, 3 biji bunga cengkih)
 
 CARA MEMASAK:-
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit(Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup  dan biarkan ia masak.

BAHAN SOS CILI
1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
6 biji cili merah*
segenggam cili padi*-(Ayu tambah)
4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*
gula, garam ,cuka
(secukup rasa)
(Blender semua*)

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.

Percik Ikan Haruan

Percik Ikan Haruan
Source: Bonda Zaiton

Bhn2
Ikan haruan 1/2 kg dipanggang
Santan 1cwn pati
Serai 1btg diketuk
Lada kecik 20bj
Lengkuas sedikit
Kunyit sedikit
Asam keping sedikit
Jus lemon sedikit (limau nipis pun boleh)
secubit jintan manis, jintan putih, ketumbar (tumbuk)
Garam secukup rasa

Cara2
Ikan dilumur dgn sedikit garam dan kunyit.panggang dlm oven hingga msk dan ketepikan.
Lada,lengkuas,kunyit blender.
Masukkan bhn blender, secubit jintan manis, jintan putih, ketumbar bersama pati santan dan serai.kacau seketika masukkan garam dan gula secukup rasa
Setelah nmpk dah masak boleh la masukkan ikan yg dipanggang dan sedikit asam keping. Kacau smpai rata kalau nk berkuah boleh tambah sedikit air. Angkat dan hidang.

Kekasihku Gelap Berkaraoke





Dah sekian lama aku tak penah dengar sore kekasihku ini menyanyi slalu kalau aku terdengar sore buluh perindu terus dia stop masa tu jugak hahahaha.....

Semalam intai-intai nampak dia beli baju munge-munge huh! dalam hati ada taman eaa....hari ini plak dia cari CD karok dengan mic lagi....amboiii bkn main eh nak karok kat mana tu.... ni yang aku nak SENTAP dah ler tak ajak aku gi party siap ada karok bagai tak patut tak patut

Hello....jangan lupa anak kat umah tu geder2 jangan lebih okay <------ Jelesss :p

Mee Goreng Lembab


 Hari ini lewat sikit masukkan entri masakan, sibuk menyiapkan apam dan tiramisu. Hati ni geram jer bila memikirkan apam yg dibuat ada yg terlebih senyumannya mungkin kesilapan pada api dapur atau pun air terlalu panas sangat.Issshhhh bukan ini yg pertama kali ku buat.....biasa semua cantik jer permukaan apam tue. Untuk menyejukkan hati yang panas, ku pun buatkan mee goreng lembab untuk santapan anak2 simple tapi sedap. 

Bahan2:-
1/2 paket Mee kuning -
Udang
Sotong
2sd mkn Lada blender
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
kicap manis
sos tiram
sawi
fish cake
Lada basah
Timun
bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa

Cara2:-
1.Panaskan kuali masukkan sedikit minyak dan tumis lada blender, bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan sotong dan udang, kacau seketika dan masukkan pula fish cake...kacau lagi.
3.Masukkan kicap dan sos tiram.
4.Masukkan mee dan sawi,gaul hingga masak sekata.Masukkan garam dan gula.
5.Akhir sekali masukkan lada basah kacau dan angkat.
6.Hidangkan bersama timun dan bawang goreng.

P/s: Hidangan ini utk 2 orang makan.

Mee Bandung Maharani

Sebelum ni dah ayu dah pernah buat Mee bandung Muar resepi dari rumah kak Azlita cuma bukti buat tu dah hilang sebab kena virus di blog ayu nie, dan ayu terpaksa bangunkan semula blog baru dengan masih mengekalkan nama url. Mudah jer nak sediakan mee bandung maharani dengan menggunakan pes segera yg ayu perolehi dr pemberian sepupu masa datang menziarah ke rumah ayu baru-baru ni. Memang sedap sesangat menggunakan pes baandung ni ^^ anak2 siap makan bertambah lagi.

Bahan2:-
1paket pes Mee BandungMaharani - klau xde jenama ni guna jenama lain pun boleh
400gm mee kuning
Daging batang pinang
Udang
Telor
7 cawan air
Sawi
Fish cake
Lada merah
Limau Kasturi
Bawang goreng

Cara2 :-
1.Panaskan air dalam periuk hingga mendidih, pastu masukkan mee kuning dan tutup api. Gaul kasi rata lepas tu toskan mee itu. Ketepikan.
2.Tumiskan perencah Mee bandung Maharani hingga naik bau.
3.Masukkan air rebusan bersama daging dan biarkan mendidih. Pastu masukkan udang.
4.Masukkan fish cakes, sawi dan tomato dan biarkan dlm 2minit.
5.Akhir sekali sebelum diangkat pecah telor sebiji2 ke dalamnya.
6.Hidangkan mee kuning dalam mangkuk, tuang kuah mee bandung ke atasnya dan hias dengan hirisan lada merah (basah) dan bawang goreng.

Selamat Menjamu Selera.

1st Toys

Toys ni dah 4 bulan yg lepas sampai baru hari ni dapat dipertontonkan disini gara busy dan yang paling sakit hati blog ku telah kena virus huwaaa macam nak menangis rasa dah ler bukan pandai sangat bab IT ni banyak kod2 yg penah belajar dulu dah hilang dari ingatan...Wehhh korang jangan gelak ya sebab aku nak RIAK ni mainan semua datang dari oversea okay. Aku plak nak gelak walaupun nmpak macam jakun sikit. 

 Hasil dari perkenalan di sebuah group yg berpengkalan hanya di hujung jari ku pun kirim minta dia beli mainan masak2 ni kat sorang kakak yang aku panggil kak Niza....comey orangnya kecil molek jer....aku suka sangat sebab dapat pakai pisau brand scanpan yang waranty 5 tahun di jamin tak tumpul. kat Mesia ni tak tau kat mana nak cari brg jenama scanpan  kecuali tmpt paling dekat di Singapore. TQ sis...lepas ni boleh belikan gadget lain tak? hehehehe.....

Burger Kukus Daging Bersalut Telur


Bangun dari tidur Alya dah minta eger "burger" selagi ibu tak buatkan selagi itulah dia menyebut, padahal baru jer malam tadi Alya dengan Airiel minta Ayah belikan burger drive thru di McDonald. Kuat betul si anak dara ni makan makanan selera omputih hehehe..... Jom lihat bahan-bahan yang mudah disediakan untuk Burger Kukus Daging Bersalut Telur buat santapan si kecil yang kuat makan pedas.

Bahan2:-
Roti Burger beli jer yang siap kat kedai
Daging Burger cap Ramly
Telor 1biji
Kobis
Timun
Tomato
Hirisan bawang besar
Sos Cili
Sos BBQ
Mayonis

Cara2:-
1.Panaskan periuk pengukus kalau xde rice cooker pun boleh guna pastu letak atas periuk tapis santan. Bila pengukus tu dah panas letakkan roti burger yg dibelah dua. kukus dalam beberapa minit.
2.Panaskan kuali non stick bersama sedikit marjerin planta, masukkan daging balik-balikkan pastu bila dah separuh masak...tekan-tekan (cucuk dgn sudip)kat atas permukaan daging.
3.Masukkan sedikit kicap perasa maggi, lada sulah dan balik-balikkan lagi.
4.Pastikan daging tu jangan terlalu garing sangat nnt keras xsedap makan :)
5.Pecahkan telur masak dlm kuali yg sama....kalau telor tu nak whisk kan dulu dlm bowl pun boleh. Jadikan ia bulatan besar dalam kuali.
6.Masukkan daging tadi ke atas telur yg separuh masak dan bungkus. Angkat.
7.Bolehlah letak hiasan dengan hirisan kobis, bawang, timun dan tomato serta sos BBQ.
8.Sos BBQ tu ayu ayu jadikan 3 in 1...dlm pan non stick kecilmasukkan sos BBQ, cili, mayonis bersama sedikit air lalu kacau sebati dan panaskan atas dapur sekejap.

Selamat Mencuba dan jangan lupa tinggalkan link bila dah mencubanya :)

Demam

 
Salam Pagi semua...bangun jer subuh tadi Airiel mengadu yang dia tak dapat tidur lena malam tadi, rupa-rupanya anak ibu ni demam lagi pun sejak balik dari Kelantan dia dah batuk2 selsema. Waktu ni dia baru lepas makan ubat dan disyorkan berehat sepanjang hari, ibu harap anak ibu cepat sembuh boleh main sesama dengan adik Alya.... Sayang Airiel

Double Cheese Burger

 
Burger special permintaan khas dari anak-anak. Beginilah hidangan yang paling simple cepat dan mudah disediakan terutama bila penyakit M datang melanda. Resepi menggunakan roti burger Gardenia, daging Ramly, cheese, tomato, salad, sosej, fries, sos cili dan cheezy cheese. Anak-anak kata SEDAP drp McD.

Manisan






Minggu lepas kami sekeluarga balik ke Kelantan atas urusan yg tak berapa nak rasmi heeee :) singgah sekejap di kampung Chubby merangkap umah PIL ku. Sampai2 jer perut lapor belom sempat sarapan terus MIL sediakan nasi berlauk burrppp Alhamdulillah kenyang perut ni, Chubby plak bukan main bertambah- tambah makan nasi masakan bondanya.

Selepas beberapa jam kami minta izin untuk bertolak balik ke Melaka dalam sibuk2 tunggu BIL selesaikan tugas nya menjual ikan segar untuk penduduk kampung, atok Airiel & Alya sedang mengambil pesanan stok kedai runcit dari pemborong yang baru sampai. Bebudak ni pun dapat ler stok gula2 dan coklat 1kotak....perghh dalam hati berkata-kata "habis ler bebudak ni melantak gula terutama si Alya" bukan tak sudi tapi ku tau perangai si kecik ni selagi belum habis makanan selagi tu dia syik meminta.