REMPAH RATUS KEHIDUPAN

GBS

Hari ni jari jemari  macam gatal sikit.... owhhh adakah ini menandakan pengaliran duit $$$$ akan keluar atau pun $$$$ masuk ke poket ku yang telah kehausan di saat-saat pertengahan bulan ni. Hmm lupakan saja asben dah pesan tak boleh gi shopping nak window pun tak boleh, huh! ada ku KESAH! hehehehe.... itu lah trademark satu group ni yg sekarang dah jadi sebahagian hidup aku di alam maya....almaklum diri nie tak ramai kawan di luar rumah. Sehari tak buka group ni macam tak cukup lengkap perasaan ini...kalau korang nak tau group ni tak sampai pun 1 tahun tapi ahli dan komen2 yg diberi mengalahkan group yang beribu-ribu ahli. Korang jangan nak minta link group tu gerenti tak jumpa punya sebab ahli pun limited... best sangat macam2 benda boleh kongsi bersama baik situasi gembira atau sedih.....

Baru-baru ayu buat pertama kalinya berjumpa dengan ahli GBS korang jangan ingat Geng Bas Sekolah okay :) kami semua dah lama tinggal sek tercinta.... jumpa pun sebab kebetulan pergi tempat yg berdekatan dengan tempat tinggal dia orang. Kawan2 kat sini bukan hanya di semenanjung tapi ada yg duduk di Sabah, Sarawak, London, Perth, Texas, Florida dan Singapore tak pernah bertemu tapi kemesraan di antara satu sama lain seolah-olah sudah lama mengenali. Jom layan gambar-gambar sekitar perjumpaan kawan2 baru yang 1st time jumpa memang RIAK sakan...







Di salah sebuah rumah teman FB di Kelantan..











 
 
Hat ni plak di salah sebuah tempat perkelahan di pantai area Kelantan juga....
Bukan setakat kami jer yang bertemu merapatkan silaturahim sesama manusia tetapi kami membawa pasangan masing2... kaum Adam dia berborak sama dia yang penting kami kaum Hawa dapat bertemu dengan keizinan suami yang ada bersama -sama kami....anak2 pun dapat kawan baru Horey.....
InsyaAllah berjumpa dengan teman2 yg lain lepas ni.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan