REMPAH RATUS KEHIDUPAN

Savoury bread puding




Hanya 30 minit penyediaan dah boleh makan ketika panas atau sejuk memang marbeles Savoury Bread Puding ni yang penting semua bahan sampingan ada. Hampir setiap minggu resepi roti mesti ada dalam rumah ni ^-^ nak buat macam mana kan....dah anak-anak lagi minat makan roti dari nasi, ibu apa lagi jalankan tanggungjawab melayan kerenah anak yg semakin besar.
Hidangan ni ayu ingat susah sangat nak menyediakannya ....rupanya lagi cepat dan mudah. TQ ya pada kawan-kawan yg selalu sembang dengan ayu di FB hampir setiap hari   sampai tergoda dengan setiap hidangan yg korang tunjukkan dan macam dapat ubat pelali plak . Mesti ada yang pernah mencuba dan juga baru nak mencuba boleh lah lihat resepi kat bawah nun.


Savoury Bread Puding
Ayuazren...

Bahan-bahan: 
3keping roti sandwic dgn germa gandum - massimo
Cheddar Cheese
Sosej - potong serong tak nipis sangat
Crab Stick - potong kecil
1labu bawang besar - potong bulat
1ulas bawang putih - cincang 
2biji telor 
120ml susu segar
mixed herb
Olive oil 

 Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis kedua jenis bawang hingga naik bau. Masukkan potongan sosej, crab cheese dan mixed herb. Kacau rata dan tutup api.
  2. Dalam bekas lain pukul telur bersama susu hingga kembang. Ayu guna whisk tangan jer.
  3. Roti tadi di potong empat bahagian atau carik2.
  4. Ambil loyang atau bekas bekas yg boleh masuk oven. Letak sikit olive oil atas dasar loyang.
  5. Susun atur roti. Taburkan separuh dari bahan tumisan dan cheese di atas roti 
  6. Curah sebahagian susu dan telor yg di pukul tadi.
  7. Ulangi langkah yg sama dengan susunan roti dan bahan tumis terakhir beserta cheese.
  8. Taburkan sedikit rempah herb.
  9. Bakar pada suhu 180c masa 20min. Ikut tahap kepanasan oven masing2. Perlu di ingat oven mesti dipanaskan terlebih dahulu.Ayu guna api oven atas bawah.
  10. Selamat mencuba.




CINNAMON SCONES with CHOC CHIPS





Dah lama ayu buat scones ni cuma tak berkesempatan nak berkongsi dalam blog yg dah bersawang huh! penat cuci sawang-sawang ni tau. Scones ni baru pertama kali ayu cuba buat sendiri dan baru 2kali makan. Memula makan masa di Cameron Highland, kesiankan......orang lain dah banyak kali makan benda ni.  Biasanya scones ni di makan dengan butter dan jem strawberry atau yg suka dan sesuai dengan tekak. Resepi ni ayu amik dr satu blog masakan omputih dan dah di tokok tambah, ayu pun dah lupa nama blog tu.

CINNAMON SCONES with CHOC CHIPS
Bahan-bahan:
2 cups (260 grams) all-purpose flour
1/3 cup (65 grams) granulated white sugar
2 teaspoons (10 grams) baking powder
1/8 teaspoon salt
6 tablespoons (85 grams) chilled, unsalted butter, cut into pieces
1 cup choc chips
1 large egg, lightly beaten
1 1/2 tsp cinnamon
1 teaspoon (5 grams) pure vanilla extract
1/2 cup (120 ml) milk or cream

Cara-cara:
  • Ayak tepung dan baking powder, kemudian satukan dengan butter kemudian gaulkan hingga adunan menjadi seperti serbuk roti dan cinnamon.
  • Kemudian masukkan gula, garam dan choc chips dan gaul rata.
  • Dalam bekas yang lain pukul telur, vanilla dan susu hingga sebati.
  • Tuangkan adunan telur tadi kedalam adunan tepung dan gaul hingga rata.
  • Bentukkan scones berbentuk bulat atau mengikut citara sendiri
  • Bakarlah dalam oven selama 20-25 minit dengan suhu oven 180

parpu telur tanpa santan



Parpu Telur dah lama sangat nak mencuba sejak rakan maya asyik tunjuk dan masak parpu ni. Hmmmm kawan tu kata senang sangat nak membuatnya cuma kalau dah vitamin "M" lagi kuat memang tak masak ler sampai bila-bila. Pagi ni nampak kak Zita buat parpu lagi yang mudah dan ringkas tanpa guna santan, lagi simple dan mudah tak penat-penat nak memerah kelapa.

Parpu atau kuah dhal ni boleh di makan dengan roti atau nasi.....Ayu tadi makan dengan pratha ku balun jer apa yang ada pastu petang panaskan makan dengan nasi plak :) Jom tengok resepi mudah.

Bahan-bahan:
1/2 cawan kacang dhal - rendam semalaman
2ulas bawang putih - hiris halus
2 ulas bawang merah - hiris halus
1sdk halba campor
2 biji telor
3helai daun kari - tak letak tiada stok
2 tangkai lada kering - ayu guna cili hijau
1 batang carrot
1/2 sdk serbuk kunyit
Perasa  secukup rasa.

Cara-cara:
  • Rebus kacang Dhal hingga lembut dan masukkan serbuk kunyit.
  • Masukkan carrot.
  • Tumis bawang putih, bawang merah, daun kari, lada dan halba campor hingga naik bau dalam kuali.
  • Curahkan dalam kuah parpu tadi.
  •  Pecahkan telor dan biarkan telor masak.Jangan kacau sampai hancur ya.
  • Hidangkan.

Pulut Durian Santapan Malam



Post larut malam hahahaha....sukarnya nak dapat durian ni, mungkin sebab bukan musim atau durian dah kena borong dengan tokey buat crepe. Nasib baik lah ada saki baki durian yg telah ayu awetkan dlm peti haaa lom sempat jadi tempoyak pun kalau kena cara penyimpanan yg betul.

Petang tadi sebelum kuar bawa anak gi taman kat tasik Ayer keroh, ayu dah kukus pulut dulu xbanyak pon setakat ayu dan hubby nak makan jer....anak2 tak minat sbb bau durian tu derang kata busuk hmmmm.....
Ingatkan esok baru nak buat kuah tapi memandangkan takut penyakit M melanda dengan begitu dasyat cecepat perah santan buah kuah durian, alaaaaa tak lama pon kalau semua barang dah cukup lengkap.

PULUT DURIAN 

Bahan-bahan:
1pot beras pulut - direndam 2 atau 3jam
50ml santan - ayu guna susu cair sbb santan xde
sedikit garam
Santan 1/2 biji kelapa
3 or 4 ulas isi durian
1kpg gula kerek
1 helai daun pandan

Cara-cara:
Beras pulut di kukus apabila dah separuh masak, ayu kuarkan pulut dr kukus gaul dgn susu dalam bekas pastu masukkan balik dalam periuk kukus dan tunggu sampai betul2 masak.
masukkan santan dan gula dalam periuk dan masak atas dapur dengan api slow, kacau perlahan.
Masukkan daun pandan yg disimpul  dan 3 ulas durian. Biarkan hingga masak dan kuah sebati. Rasa dan kalau kurang manis boleh tambah gula.
Hidangkan.

Aidiladha 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 
2012M / 1433H.....

Semoga kehadiran raya kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga dan sanak saudara. Rindunya dengan suasana kampung seperti tahun-tahun sebelum ini, dapat bermaafan bersama kedua ibu bapa, adik beradik dan anak-anak saudara. Lepas solat Raya Aidiladha sesama pergi tempat penyembelihan lembu korban. Masa ni terkeluar lah soklan dari anak kecil akan bertanya dgn ibu atau ayah "Mengapa kita perlu korban lembu di Hari raya Haji???" ini soklan anak kecil saya Muhd. Airiel yg kali pertama melihat ibadah korban dgn jarak dekat.

Majlis Korban di teratak Ayahanda & Bonda, Endau Johor.

 Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).
Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108.

Memandangkan raya kali ini kami tidak pulang ke kampung di sebabkan suami tiada cuti....saya hanya sempat menyediakan hidangan yang simple ini sahaja sebelum suami masuk office selepas solat Aidiladha.