REMPAH RATUS KEHIDUPAN

Scrambled Eggs pilihan Airiel


Selamat pagi kawan-kawan blogger semua....pagi Jumaat yg cerah dan sejuk. Pagi nie lagi sekali makan roti kali ni nak kasi Airiel bertenaga sikit sebab anak ni kalau jam 8pagi memang susah sangat nak sarapan terutama waktu nak pergi sekolah. Kalau masa cuti pun jam 10pagi baru dia sarapan. nak buat macam mana kan??? terpaksa la ibu kreatif bagi tarik minat dia.

Scrambled Eggs with Cheese....memula tu dia kata tak nak makan pastu Ayu suruh dan paksa juga dia rasa satu suap pastu nampak makin laju hampir separuh roti tu habis hehehehe sedap la tue.....masa suapan terakhir tu Airiel ada tanya "ibu, nanti tengahari ada lagi tak, scrambled eggs ni?" hmmmm nak suruh ibu masak lg, balik sekolah mau makan.

Jom amik resepi scrambled egg pilihan Airiel hari ini....

Bahan-bahan:
2 keping roti
1 keping chicken meatloaf - potong kecil

20gm cheddar cheese - parut
2 biji telor
secukup rasa garam & white pepper
1/2sdk butter
1/2 biji bawang besar - didadu
1/2sdb susu segar
Sedikit minyak - ayu guna olive oil

Cara-cara:
  1. Pecah telor dalam mangkuk, masukkan susu, garam & white pepper. kacau macam buat telor dadar.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam pan non stik, masukkan chicken meatloaf dan bawang kacau/goreng hingga separuh masak. Angkat dan toskan. Minyak lebihan buang (kalau syg boleh guna utk masakan lain)
  3. Pan yg telah panas masukkan butter bagi rata keseluruh permukaan pan tadi dan masukkan telur pastu letak cheese dia atasnya dan juga chicken meatloaf yg digoreng tadi. kacau perlahan-lahan bagi semua bahan rata.
  4. Sapukan kedua belah roti dengan butter dan panaskan sekejap di atas pan.Balik2 kan dan angkat.
  5. Letakkan scrambled eggs di atas kepingan roti dan kapitkan dengan kepingan roti yg lagi satu
  6. Selamat Mencuba
*nak rasa pedas boleh letak sos cili di dalam roti tu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan