REMPAH RATUS KEHIDUPAN

Manisan






Minggu lepas kami sekeluarga balik ke Kelantan atas urusan yg tak berapa nak rasmi heeee :) singgah sekejap di kampung Chubby merangkap umah PIL ku. Sampai2 jer perut lapor belom sempat sarapan terus MIL sediakan nasi berlauk burrppp Alhamdulillah kenyang perut ni, Chubby plak bukan main bertambah- tambah makan nasi masakan bondanya.

Selepas beberapa jam kami minta izin untuk bertolak balik ke Melaka dalam sibuk2 tunggu BIL selesaikan tugas nya menjual ikan segar untuk penduduk kampung, atok Airiel & Alya sedang mengambil pesanan stok kedai runcit dari pemborong yang baru sampai. Bebudak ni pun dapat ler stok gula2 dan coklat 1kotak....perghh dalam hati berkata-kata "habis ler bebudak ni melantak gula terutama si Alya" bukan tak sudi tapi ku tau perangai si kecik ni selagi belum habis makanan selagi tu dia syik meminta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan