REMPAH RATUS KEHIDUPAN

Nasi Ayam Ipoh

Entry lewat masuk...NASI AYAM IPOH.... gara2 keenakan masakan ni makan malam boleh bertambah nasi dan lauk lagik memang terus hancus diet tapi sebelum  makan diet ku dah masuk dalam bakul siap hehehe...
Entah kenapa sejak dua tiga hari ni mood Rajin datang melampau lampau plak....di tambah plak dapat seruan dari kak Lily yang selalu menayang Nasi Ayam Ipoh baik di blog atau di GBS, katanya dah banyak kali buat dan sedap....hmm siang tadi dia masak lagik nasi ni, ayu pun geram cuba arr masak menggunakan resepi yang diberi....perghhhh Mantop Marbeless....memang sedap sampai hubby pun siap minta nasi tambah...

Dah terlanjur bahan semua cukup lengkap betul2 lagik 2jam hubby nak balik dari office...Ayu dah berperang bukan di medan perang ya :) tapi di dapur yg kecil dan comel menyediakan 1 set hidangan makan malam dan dessert sekali. Ok nasi tu sedap, kuah sup sedap, sos lada pun sedap, sos kicap yg selama ni ayu tertanya2 mcmna nak buat sama mcm kat kedai pun dah menjadi buat sendiri dan yg terakhir ayam tu Ayu di masak dengan kaedah bakar memang sedap smpai habis licin tinggal tulang ja yg ayu dan family tinggalkan hehehe...

Memang puas hati untuk hidangan malam kali nie tak sia-sia waktu siang Ayu diet nasi....yang best nyer hubby lepas 1/2jam hubby berehat dia buka jer tudubg saji...perkataan pertama di mulutnya "wah....nasi ayam" salah satu faberet kami sekeluarga....

Jom Ayu kongsi resepi ni dari rumah kak Lily dan Azlita

Sup Ayam :-
Air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu - ayu xletak ganti dgn carrot :)
1 sudu besar serbuk lada sulah

  • Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk. Tutup periuk dan masak hingga didih.
  • Selepas air mendidih, masukkan ayam. Biar ia masak selama 20 minit.
  • Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan. Ketepikan ayam.
  • Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
  • Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa. Masak hingga didih.
  • Perasakan sup dengan garam secukup rasa. Untuk menghidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.
 Ayam Bakar atau Goreng :-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Caranya :-
  • Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
  • Masukkan bahan yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk, kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang 1/2 jam.
  • Selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven.
  • Kalau nak goring jgn goring terlalu lama agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus. 
  • Bagi Ayu sedap bakar dan tidak berminyak

Nasi Ayam :-
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
1 sudu besar minyak bijan - ayu ganti dgn minyak sayuran
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Caranya :-
  • Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
  • Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
  • Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata, kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
  • Tutup periuk nasik dan tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.

Sambal Lada :-
10 - 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah
sedikit halia - ambil dari rebusan sup
5- 6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi atau nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya


Caranya:-
  • Masukkan semua bahan didalam blenderkecuali limau kasturi dan kisar halus.
  • Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata. 
Sambal Kicap :- 
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung dibancuh dgn air secukupnya - utk memekatkan

Caranya :-
  • Blend semua bahan kecuali tepung jagung. Selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur.
  • Agak-agak dah panas, boleh lah di masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan