REMPAH RATUS KEHIDUPAN

Aidiladha 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 
2012M / 1433H.....

Semoga kehadiran raya kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga dan sanak saudara. Rindunya dengan suasana kampung seperti tahun-tahun sebelum ini, dapat bermaafan bersama kedua ibu bapa, adik beradik dan anak-anak saudara. Lepas solat Raya Aidiladha sesama pergi tempat penyembelihan lembu korban. Masa ni terkeluar lah soklan dari anak kecil akan bertanya dgn ibu atau ayah "Mengapa kita perlu korban lembu di Hari raya Haji???" ini soklan anak kecil saya Muhd. Airiel yg kali pertama melihat ibadah korban dgn jarak dekat.

Majlis Korban di teratak Ayahanda & Bonda, Endau Johor.

 Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).
Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108.

Memandangkan raya kali ini kami tidak pulang ke kampung di sebabkan suami tiada cuti....saya hanya sempat menyediakan hidangan yang simple ini sahaja sebelum suami masuk office selepas solat Aidiladha.


 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan