REMPAH RATUS KEHIDUPAN

Hadiah Hari Lahir


Jeng jeng Jeng..... dah lama sangat mengidamkan DSLR ni tapi hati ini pendamkan ajer walaupun orang kata sekarang camera jenis ni dah murah tapi bagi aku yang tidak bekerja hanya setakat duduk rumah mengharapkan duit elaun dari chubby ku sayang masih tak mampu nak beli sendiri.

sebulan sebelum tarikh kelahiran bakal tiba, Chubby ku tanya "tahun ni nak hadiah apa pulak?" Hmmmm dalam hati dah berbunga bunga mekar setaman ekekeke.... aku pun jawab "abang beli jer apa-apa yang berkenan dan cantik di pakai" ------> dapat DSLR pun ok juga. Chubby ni memang suka wife dia terus terang, dia tak mahu nnt barang yg dihadiahkan tu aku tak berkenan dihati almaklum taste lelaki dengan pompuan berbeza.

Dua hari sebelum tarikh 14 January Chubby tanya lagi...tapi minggu tu memang tiada mood nak celebrate besday, hati dan fikiran ni asyik memikirkan result yg akan di perolehi dari doctor tentang penyakit ayahanda. aku cakap kat Chubby "tak nak apa-apa macam takde mood aje tahun ni nak celebrate, kita duduk rumah ajer". Tiba masa yang dinantikan Chubby bawa balik bungkusan kotak dalam plastik besar letak atas meja----->pandang sebelah mata jer. Dia suruh lihat sekali tengok WOW! DSLR apalagi senyum Lebar arrr pasni boleh amik pic masakan dan gelagat anak-anak yang semakin membesar.

terima Kasih buat Hubby yang tersayang di atas Hadiah Besday tahun 2012..... Love You

Tiada ulasan:

Catat Ulasan