REMPAH RATUS KEHIDUPAN

BROWNIES II


Alhamdulillah berjaya juga akhirnya belajar buat Brownies bersama kakak Sapura... Walaupun Ayu agak ketinggalan dari rakan2 GBS yang dah pergi menuntut ilmu terlebih dahulu. Banyak ilmu yang boleh didapati dari kak Sapura bagi seiapa yg mengikuti kelasnya. Memang Best dapat mencuba pelbagai resepi dari orang yang lebih berpengalaman dalam bidang bakeri terutama bila kita cuba dan berjaya buat dengan apa yang dipelajari didengari.

Brownies nie kalau dah makan sepotong mesti nak rasa makan lagi, sebab ciri khas brownies ada rasa coklat yang enak dengan tekstur yang padat dan moist. Brownies juga bukan setakat bakar dalam oven tapi boleh juga dikukus, yang pasti rasanya enak dan lazat.

Sebenarnya semalam ingat nak hias atas Brownies seperti kawan-kawan yg telah cuba seperti cikgu tunjukkan....tapi tak sempat buat sebab masa brownies baru masak ada sedara dari kampung datang bertandang secara mengejut....abang Ngah bersama isteri dan mertua abang. Jadi hiasan pun ala kadar jer sebab dia orang datang pun sebentar kerana ada urusan lain di Melaka. Dapatlah family abang ngah merasa sikit sorang siap ku tapau lagi untuk dia orang bawa balik....

Hehehehe...nak tergelak bila anak sulung dia makan bertambah ^_^ kan dah ku kata SEDAP....siap dia nak buat sendiri, yang sebab ku tergelak tu pasal ayah kak long ni kata "mana ada masa nak buat semua ni, dengan study lagik" hehehehehe...Hmmm sape tak kenal abg ngah ku ni mana minat dengan cake atau kuih-kuih ni tambah plak manis. Tak pe kak long... nanti cuti semester boleh masuk kelas brownies belajar dengan mak cik okay :) yuran kelas suruh ayah sponser hehehehehe....

Okay bagi sesiapa yang nak merasa boleh PM Ayuazren atau tempah dengan Kak Sapura di Serdang, Selangor....kakak ni pun ada buka kelas, " A Cake Story" Home Bakery.

1 ulasan: