REMPAH RATUS KEHIDUPAN

Nasi Kuning Ayam Panggang Kerisik


Salam siaran kembali...lama kan ayu menghilang tinggal rumah pun dah macam nak bersawang....sebenarnya masalah yang sama berlaku lagi lappy meragam dah macam hilang semangat untuk berblog....kalau yg mana add friend dangan Ayu mesti tau ayu tak menghilang sebab masih online di facebook.

Kali nie Ayu mencuba resepi Nasi Kuning Ayam Panggang Kerisik yang di beri oleh kak June Cappola. Memang ternyata sedap sebab ini dah masuk kali kedua ayu hidangkan untuk hubby dan keluarga. Rata-rata semua kata "SEDAP" siap bertambah nasi dan lauk....dengan hidangan nasi yg ada rasa lemak tapi tidak memuakkan (bagi tekak Ayu & family) dan ayam yg bau semerbak wangi dengan kerisik....fuhhh! ni sape yang DIET memang kelaut....boleh di hidangkan bersama kuah sup.

Thanks kak June sudi kongsi resepi ni dan izinkan ayu syer di blog yang masih baby lagi hehehehe...setiap resepi kak June yg ayu cuba memang tak pernah menghampakan....bagi yang ingin mencuba resepi nie jangan lupa ya kredit kepada empunya resepi :)

NASI KUNING AYAM PANGGANG KERISIK
Sumber: June Cappola
Olahan: Ayuazren

Bahan A - Nasi Kuning
3 cawan beras basmati atau jasmine - Ayu guna basmati
3 cawan air rebusan ayam/chicken broth atau kuib pati ayam dicampur dgn air
3/4 cawan santan
1 btg serai-diketuk
1 tsp zest lemon
1 in halia dihiris atau diketuk
1/2 tsp serbuk kunyit
1 tbsp garam secukup rasa

Cara-cara:
Beras di cuci bersih dan di toskan (ayu rendam sekejap beras tu bila masak nnt beras akan panjang).
Masukkan semua bahan dlm periuk rice cooker kecuali beras biarkan air didih kemudian masuk beras  masak mcm biasa.

Bahan B -  Ayam Panggang Kerisik
1ekor Ayam belah 4
3 sudu besar kerisik*
2 btg serai*
6 ulas bawang putih *
3 ulas bawang kecil*
2 sudu besar pes halia* - ayu guna halia size 1 inci
2-3 btg cili merah atau 2-3 sudu besar cili kisar* ( kalu nk lg pedas bole tambah lada kecil)
2 sudu teh serbuk ketumbar* - ayu guna 1sdb ketumbar biji
1 sudu teh serbuk jintan manis* - 1sdb jintan manis biji
1 sudu teh serbuk kunyit*
2 sudu teh garam*

Cara-cara:
Kisar semua bahan2 yg bertanda*. kepingan ayam dikelar2 kemudian campurkan bahan kisar dgn ayam dan gaul rata (sumbat2 marinate dlm kulit ayam).
Perap kan selama 1-2 jam. Panaskan oven atau grill pd suhu 400'F. bakar selama 1 jam 15 min atau hingga masak dan golden brown ( kulit ayam jadi ranggup).


Cara ayu untuk bahan kisar....serai, bawang putih, bawang kecil, halia, kunyit, garam dan cili kisar di blender sama manakala ketumbar dan jintan manis ayu tumbuk. Selepas tu bhn yang tumbuk di campur dengan bahan blender dan gaul dgn ayam. Rasa aroma rempah lagi menyerlah....

2 ulasan:

  1. Mmg nampak sedap...antara dalam senarai harus cuba...

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks kak lily sudi menyinggah...mmg sedap hingga licin pinggan, rasa macam nak buat lagi dan lagi

      Padam