Bermula pencarian resepi, jalan-jalan cari makan terjumpa kat rumah dayang Jack tak toleh kanan kiri bawah terus ambil lagi pun bahan mudah dan senang tak perlu nak mencari di kedai almaklum musim hujan sejuk ni sifat Malas lagi berleluasa.
Bila dah jumpa terpikir plak manok ni makan dengan nasi sedap waktu panas-panas...hmmm tukar selera sikit cara memasak nasi menggunakan kaedah kukus.
Menu ni memang kesukaan hubby dan anak-anak, bila makan nasi kukus dengan manok panggang mesti terbayang-bayang di mata terkenang satu tempat di Port Dickson. Tempat makan ala Cowboy "Nasi Kukus Ayam Panggang" memang sempoi menu dia tapi memang best kalau kena dengan selera seseorang. Kat situ paling menarik perhatian Ayu dekat sos dia, best....Nanti Ayu akan kongsi terletaknya kedai tu. Jom lihat resepi.
Manok Panggang & Sos Cili
Sumber: Dayang Jack
Bahan-bahan
1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan dibersihkan)
2 sudu makan biji ketumbar (disangai dan ditumbuk halus)
1/2 inci lengkuas (ditumbuk lumat)
5 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
2 inci halia (ditumbuk lumat)
garam secukupnya
1 ketul gula melaka (dihancurkan) - boleh juga guna gula perang @ gula apong (sukatan ikut suka) - lebih banyak sukatannya lebih bagus.
Cara-cara :
- Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap semalaman.
- Sebelum dibakar/panggang, gaulkan ayam bersama 2-3 sudu makan minyak zaitun atau minyak masak. Sekiranya menggunakan oven, bakar/panggang pd suhu 190-200C selama 1 jam(bergantung pd jenis oven, kena adjust sendiri). Seperti biasa, DJ lebih suka ayam ini disusun dlm dulang yg beralaskan kertas foil.
- Terbalikkan ayam 1/2 jam sebelum masak.
- Setelah masak, hidangkan bersama sambil cilinya.
Sedapnya menu! Nasi kukus memang sedap... lagilah kalau berteman mano panggang!
BalasPadam